awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesilapan Israel bunuh tebusan sendiri menyedihkan - Penasihat NSC AS

Agensi
Agensi
16/12/2023
04:47 MYT
Kesilapan Israel bunuh tebusan sendiri menyedihkan - Penasihat NSC AS
AS percaya Israel akan melakukan siasatan forensik untuk melihat punca sebenar kesilapan tersebut. - Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Tindakan Tentera Pertahanan Israel (IDF) yang didakwa membunuh tiga tebusan Israel secara tidak sengaja di Gaza, atas sangkaan mangsa merupakan rakyat Palestin, adalah sesuatu yang tragik dan menyedihkan, kata Jurucakap Majlis Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS), John Kirby.
Agensi berita AP melaporkan beliau sebagai berkata, Presiden AS, Joe Biden sudah diberi taklimat tentang kejadian tersebut, dan mereka percaya Israel akan melakukan siasatan forensik untuk melihat punca sebenar kesilapan tersebut.
Ketika ini Kirby berkata, AS berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa terlibat, dan masih terlalu awal untuk membuat rumusan memandangkan maklumat yang diterima agak terhad.
“Ia sesuatu yang meruntun jiwa. Ia tragik. Berita ini datang dari Gaza, tentang bagaimana tebusan ini dibunuh dalam satu serbuan.
“Saya ingin berhati-hati di sini, tidak mahu bercakap terlalu banyak kerana kami tidak mempunyai maklumat jelas bagaimana operasi (serbuan) ini berjalan, dan bagaimana kesilapan tragik ini terjadi tetapi sudah tentu ini bukan hasil yang semua pihak ingin lihat,” katanya lagi.
Israel pada Jumaat mengakui mereka secara tidak sengaja membunuh tiga orang tebusan semasa kempen mereka di Gaza.
Antara lain, rejim Zionis mengakui mereka keliru mengenal pasti tebusan yang dibunuh itu sebagai "ancaman".
Susulan insiden tersebut, penduduk Israel membuat demonstrasi dan tunjuk perasaan di Tel Aviv, menuntut agar tiga mayat tersebut dikembalikan, dan mendesak Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk berunding segera bagi pembebasan baki tebusan di Gaza. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Benjamin Netanyahu
#Joe Biden
#perang Palestin Israel
#tebusan terbunuh
#Gaza
#tentera Israel
#John Kirby
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan