Sejumlah 101 warga negara Singapura di luar negara tidak dapat mengundi pada pilihan raya umum 10 Julai ini akibat kesilapan dalam sistem Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
Kesilapan itu menyebabkan permohonan untuk mendaftar alamat kontak setempat (LCA) untuk tujuan mengundi tidak diproses, menurut kenyataan bersama ICA dan Jabatan Pilihan Raya (ELD).
Menurut kenyataan itu pada Sabtu, ICA telah dimaklumkan oleh ELD pada 1 Julai lalu bahawa permohonan beberapa warga Singapura di luar negara untuk mendaftar LCA tidak diproses.
Warga Singapura, yang menukar alamat pada kad pengenalan mereka kepada alamat di luar negara dan berhasrat untuk mengundi diwajibkan memberi LCA menerusi laman web ELD.
Berikutan pemeriksaan oleh ICA, ia mendapati bagi beberapa kes, sistem itu gagal menjana salinan cetak untuk dihantar kepada pemilik LCA.
Oleh itu, ELD tidak menerima LCA yang disahkan bagi warga Singapura ini daripada ICA dan disebabkan itu, ia tidak menyenaraikan nama mereka dalam daftar pengundi.
Pada 13 Mac lalu, ELD mengumumkan bahawa senarai daftar pemilih dibuka untuk semakan dari 14 hingga 27 Mac untuk pengundi termasuk rakyat Singapura di luar negara.
Kenyataan itu memaklumkan dalam tempoh semakan, warga Singapura yang terjejas itu tidak membuat sebarang tuntutan kepada ELD untuk disenaraikan dalam daftar pemilih.
"Ini bermakna 101 warganegara ini tidak dapat mengundi dalam Pilihan Raya Umum memandangkan daftar pemilih disahkan pada 15 April 2020," tambah kenyataan itu.
ICA meminta maaf kepada 101 warga Singapura yang terjejas oleh kesilapan itu dan sedang menghubungi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020
ICA meminta maaf kepada 101 warga Singapura yang terjejas oleh kesilapan itu dan sedang menghubungi mereka. - Gambar hiasan
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Kemas kini alamat tempat tinggal untuk elak kekeliruan di hari mengundi
Kempen untuk memberi makluman kepada rakyat tentang pelaksanaan inisiatif terbaharu dalam sistem pilihan raya perlu dipergiatkan.
Kesilapan sistem - 101 warga Singapura di luar negara tidak dapat mengundi
Kesilapan itu menyebabkan permohonan untuk mendaftar alamat kontak setempat (LCA) untuk tujuan mengundi tidak diproses.
Tukar bahagian pilihan raya ikut maklumat e-dompet tidak benar - SPR
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata SPR tidak boleh menukarkan bahagian pilihan raya mana-mana pemilih berdaftar tanpa pengetahuan pemilih berkenaan.
Mulai Mei, tukar alamat pada kad pengenalan perlu dokumen sokongan
Langkah bertujuan mengelakkan masalah maklumat tidak sahih pada kad pengenalan selepas ada kes "50 hingga 100 orang" menggunakan alamat sama untuk mendapatkan kad pengenalan.