Kesilapan sistem penjara UK: Empat banduan masih bebas, usaha mengesan diteruskan

Kesilapan berlaku disebabkan kegagalan dalam proses pemanggilan semula banduan yang melanggar syarat lesen atau parol. -Gambar hiasan/iStock
LONDON: Sekurang-kurangnya empat individu yang sepatutnya menjalani hukuman penjara di United Kingdom telah dibebaskan secara tersilap dan masih belum berjaya ditahan semula, menurut laporan BBC yang memetik kenyataan Kementerian Kehakiman Britain.
Ringkasan AI
- Empat banduan di UK dibebaskan secara tersilap dan masih belum ditahan semula, mengukuhkan insiden lebih besar pembebasan tidak sengaja hampir 200 banduan sejak 2010.
- Kesilapan berlaku disebabkan kegagalan dalam proses pemanggilan semula banduan yang melanggar syarat lesen atau parol, menurut jurucakap Kementerian Kehakiman Britain.
- Langkah penambahbaikan telah diambil termasuk semakan sistem pengurusan banduan dan pembebasan awal bagi mengurangkan kesesakan penjara di tengah tekanan kapasiti.
“Kami mengambil perkara ini dengan serius dan telah memperketatkan prosedur berkaitan bagi mengelakkan kejadian berulang,” katanya.
Walaupun pihak berkuasa enggan mendedahkan identiti empat banduan yang masih bebas, sumber dalaman memaklumkan bahawa usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan dengan kerjasama agensi penguat kuasa undang-undang.
Menteri Kehakiman, Andrew Selous, sebelum ini menegaskan bahawa insiden pembebasan secara tersilap adalah jarang berlaku dan langkah penambahbaikan telah dilaksanakan, termasuk semakan semula sistem pengurusan banduan serta latihan tambahan kepada kakitangan penjara.
Insiden itu berlaku ketika sistem penjara Britain berdepan tekanan kapasiti, dengan jumlah banduan mencecah hampir 88,000 orang – angka tertinggi sejak 2011. Kerajaan turut mempertimbangkan pembebasan awal bagi banduan yang menjalani hukuman tetap sebagai langkah mengurangkan kesesakan.
Pihak berkuasa menyeru orang awam agar melaporkan sebarang maklumat berkaitan individu yang dipercayai telah dibebaskan secara tersilap kepada polis tempatan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapa individu yang disebutkan dalam artikel telah dibebaskan secara tersilap dari hukuman penjara di United Kingdom? A: Sekurang-kurangnya empat individu telah dibebaskan secara tersilap dari hukuman penjara di United Kingdom.
- Q: Apa punca kesilapan pembebasan banduan secara tidak sengaja yang disebutkan dalam artikel? A: Kesilapan pembebasan banduan secara tidak sengaja disebabkan oleh kegagalan dalam proses pemanggilan semula banduan yang melanggar syarat lesen atau parol.
- Q: Apakah langkah yang diambil oleh Kementerian Kehakiman Britain bagi mengelakkan kejadian pembebasan banduan secara tersilap berulang? A: Kementerian Kehakiman Britain telah memperketatkan prosedur berkaitan dan melaksanakan penambahbaikan dalam sistem pengurusan banduan serta melaksanakan latihan tambahan kepada kakitangan penjara.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

