awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hurikan Melissa ragut 75 nyawa, jejaskan 5 juta penduduk di Caribbean

Bernama
Bernama
08/11/2025
09:15 MYT
Hurikan Melissa ragut 75 nyawa, jejaskan 5 juta penduduk di Caribbean
Hurikan itu turut menyebabkan lebih 770,000 orang hilang tempat tinggal serta merosakkan atau memusnahkan puluhan ribu rumah, sekolah dan kemudahan kesihatan. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Hurikan Melissa meragut sekurang-kurangnya 75 nyawa dan menjejaskan hampir lima juta penduduk di Cuba, Haiti dan Jamaica, seminggu selepas ia membadai rantau Caribbean, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat, lapor Xinhua.
Timbalan Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq, berkata bahawa hurikan itu turut menyebabkan lebih 770,000 orang hilang tempat tinggal serta merosakkan atau memusnahkan puluhan ribu rumah, sekolah dan kemudahan kesihatan.
"Kami dan rakan kerjasama terus menyokong pihak berkuasa di ketiga-tiga negara berkenaan," katanya ketika taklimat harian.
Di Jamaica, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) menempatkan kakitangan tambahan bagi membantu kerajaan menangani isu kemanusiaan dan memperkukuh operasi di lapangan, kata Haq.
Beliau berkata di Cuba, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menghantar peralatan pertanian, makanan ternakan dan bekalan perikanan untuk membantu memulihkan sumber pendapatan.
Pelbagai agensi PBB turut melaksanakan operasi di rantau berkenaan, termasuk Tabung Penduduk (UNFPA) yang mengedarkan kit kesihatan reproduktif serta bekerjasama dengan rakan tempatan bagi mencegah dan menangani keganasan berasaskan jantina.
Program Pembangunan PBB (UNDP) pula membekalkan bumbung, set alatan dan penjana bagi menyokong proses pemulihan awal, manakala Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) menghantar bekalan penyimpanan dan rawatan air yang mampu memberi manfaat kepada sehingga 16,000 orang setiap hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hurikan Melissa
#Taufan Melissa
#Caribbean
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan