awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegangan India-Pakistan membimbangkan - Diplomat tertinggi EU

Bernama
Bernama
03/05/2025
02:15 MYT
Ketegangan India-Pakistan membimbangkan - Diplomat tertinggi EU
Angkatan bersenjata Pakistan dan India berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan serangan pengganas yang mengorbankan 26 orang di Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India pada 22 April lepas. - Gambar Reuters
NEW DELHI: Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU) Kaja Kallas pada Jumaat menyifatkan ketegangan antara India dan Pakistan sebagai membimbangkan, menyertai seruan global yang menggesa kedua-dua pihak menyelesaikan masalah mereka melalui dialog.
Angkatan bersenjata Pakistan dan India berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan serangan pengganas yang mengorbankan 26 orang di Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India pada 22 April lepas.
India menuduh Pakistan terlibat dalam kejadian itu, namun dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Pakistan.
"Ketegangan yang meningkat antara India dan Pakistan amat membimbangkan. Saya menggesa kedua-dua pihak agar menahan diri dan mengutamakan dialog bagi meredakan keadaan.
"Peningkatan ketegangan tidak menguntungkan sesiapa," kata Ketua Dasar Luar EU itu dalam satu hantaran di platform X pada Jumaat.
Kallas berkata, beliau telah bercakap dengan Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar untuk menyampaikan mesej berkenaan.
Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam satu kenyataan pada Jumaat turut menyuarakan "kebimbangan mendalam terhadap keadaan keselamatan yang semakin merosot di rantau Asia Selatan" dan menyeru agar kedua-dua pihak menahan diri serta "segera menyambung semula dialog".
Beberapa pihak berkepentingan utama, termasuk Arab Saudi, Qatar, Amerika Syarikat, Rusia dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres turut menggesa India dan Pakistan, dua negara berjiran yang memiliki senjata nuklear itu, supaya menahan diri dan mengelakkan konflik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kashmir
#serangan pengganas
#angkatan bersenjata Pakistan
#ketegangan India-Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan