awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegangan meningkat di Perancis selepas pembaharuan skim pencen diluluskan

Bernama
Bernama
15/04/2023
06:52 MYT
Ketegangan meningkat di Perancis selepas pembaharuan skim pencen diluluskan
Penunjuk perasaan membuat hadangan menggunakan tong sampah di Lyon sebagai membantah keputusan pembaharuan pencen. -AP
PARIS: Ketegangan meningkat di Perancis pada Jumaat selepas pihak berkuasa negara itu sebahagiannya menyokong pembaharuan pencen kontroversi yang diperjuangkan oleh Presiden Emmanuel Macron.
Majlis Perlembagaan Perancis menyelesaikan semakan rang undang-undang (RUU) pembaharuan yang termasuk menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 menjelang 2030, lapor Agensi Anadolu.
Majlis itu menolak tuntutan Ahli Parlimen berhaluan kiri supaya perubahan itu diputuskan menerusi referendum awam.
Penunjuk perasaan berkumpul di dataran Place de l'Hotel de Ville Paris, tidak jauh dari bangunan Majlis Perlembagaan dan di bandar-bandar lain sebagai membantah keputusan itu.
Polis menahan 112 penunjuk perasaan di ibu negara dan menggunakan gas pemedih mata, lapor penyiar BFMTV memetik polis Paris.
Macron sebelum ini menyatakan hasratnya untuk mengadakan pertemuan dengan kesatuan sekerja di Istana Elysee, "walau apa pun keputusannya," kata jawatan presiden Perancis, menurut laporan media.
Namun, kesatuan sekerja menolak pelawaan itu.
Perdana Menteri Elisabeth Borne menulis di Twitter bahawa isu itu "telah sampai ke penghujung proses demokrasi. Malam ini, tiada yang menang mahupun kalah."
Macron mesti menandatangani RUU itu dalam masa 48 jam bagi membolehkan ia dikuat kuasa.
Kesatuan sekerja mendesak beliau tidak menandatanganinya.
Kerajaan mengumumkan cadangan pembaharuan itu pada Januari dan ia dibawa untuk perbahasan parlimen pada bulan berikutnya, walaupun berjuta-juta orang turun ke jalanan untuk menentang pembaharuan itu.
Bantahan semakin memuncak apabila Borne, selepas berunding dengan Macron, memutuskan untuk menggunakan kuasa perlembagaan khas bagi menerima pakai RUU itu tanpa kelulusan parlimen pada 16 Mac.
Keputusan itu didorong oleh kebimbangan bahawa Ahli Parlimen akan dapat menyekat pembaharuan kerana kerajaan tidak mempunyai majoriti mutlak dalam badan perundangan.
Di tengah-tengah protes selama berbulan-bulan, polis Perancis dituduh melakukan tangkapan sewenang-wenangnya dan menggunakan kekerasan melampau terhadap penunjuk perasaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#pembaharuan pencen
#umur persaraan
#referendum awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan