awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 - BWF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegangan mereda di Los Angeles selepas ratusan ditahan

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2025
23:30 MYT
Ketegangan mereda di Los Angeles selepas ratusan ditahan
Orang ramai berhimpun membantah serbuan imigresen persekutuan di hadapan dewan bandaraya di pusat bandar Los Angeles. - Foto REUTERS
LOS ANGELES: Suasana kembali tenang di pusat bandar Los Angeles selepas lima hari protes besar-besaran yang tercetus akibat serbuan imigresen oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.
Pihak berkuasa mengesahkan lebih 190 individu telah ditahan pada malam Selasa, menjadikan jumlah tangkapan melebihi 370 sejak hujung minggu lalu.
Datuk Bandar Karen Bass mengisytiharkan darurat tempatan dan melaksanakan perintah berkurung dari jam 8 malam hingga 6 pagi di kawasan seluas satu batu persegi di pusat bandar, bertujuan membendung vandalisme dan kecurian yang berlaku sepanjang protes.
Sebanyak 23 premis perniagaan dilaporkan dirompak pada malam Isnin sahaja.
Pasukan Pengawal Kebangsaan dan Marin turut dikerahkan untuk membantu agensi penguatkuasaan imigresen, walaupun langkah ini dikritik hebat oleh Gabenor California, Gavin Newsom, yang menyifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa yang memburukkan lagi ketegangan.
Ketua Polis Los Angeles, Jim McDonnell, menegaskan bahawa perintah berkurung bukan bertujuan menyekat suara rakyat, tetapi langkah perlu untuk melindungi nyawa dan harta benda.
Beliau turut memberi amaran bahawa sesiapa yang melanggar perintah tanpa alasan sah akan ditahan serta-merta.
Walaupun protes masih berlaku di beberapa bandar lain seperti Seattle, Chicago dan New York, keadaan di Los Angeles kini lebih terkawal.
Aktiviti harian seperti persekolahan dan pelancongan kembali berjalan seperti biasa di kebanyakan kawasan bandar raya itu.
Topic Berkaitan
#protes
#Imigresen
#tangkapan
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami