awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketika Gaza terus dibom, Pakistan seru 'penjelasan mengenai kedaulatan undang-undang'

Bernama
Bernama
19/10/2024
13:27 MYT
Ketika Gaza terus dibom, Pakistan seru 'penjelasan mengenai kedaulatan undang-undang'
Munir Akram menekankan keperluan mendesak untuk menjelaskan konsep "kedaulatan undang-undang" dalam tadbir urus antarabangsa. - X @PakistanUN_NY
ISLAMABAD: Pakistan mendakwa Israel sedang memusnahkan keseluruhan konsep "kedaulatan undang-undang" di peringkat antarabangsa melalui konflik di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Bercakap pada mesyuarat Jawatankuasa Keenam pada Jumaat, wakil Pakistan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Munir Akram menyatakan bahawa tindakan seperti pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, serta hak orang di bawah pendudukan asing, pembatalan perjanjian untuk kawalan senjata dan pelucutan senjata, keganasan dan diskriminasi terhadap agama, serta pembunuhan terancang di negara ketiga adalah pencabulan terhadap kedaulatan undang-undang.
Beliau menyifatkan sebagai ironis bahawa negara-negara yang terlibat dalam merosakkan undang-undang antarabangsa mempunyai keberanian untuk menyokong pematuhan kepada "kedaulatan undang-undang" mengikut takrifan dan tafsiran mereka sendiri, menurut kenyataan yang dikongsi oleh misi Pakistan di New York.
Akram menekankan keperluan mendesak untuk menjelaskan konsep "kedaulatan undang-undang" dalam tadbir urus antarabangsa dan menegaskan hubungan kritikal antara undang-undang negara dan antarabangsa serta keperluan untuk memastikan undang-undang sedia ada dipatuhi dan dilaksanakan dengan baik.
Beliau berkata instrumen antarabangsa utama seperti Piagam PBB, Konvensyen Geneva, perjanjian pelucutan senjata, dan konvensyen hak asasi manusia menjadi tulang belakang kedaulatan undang-undang.
Wakil Pakistan itu menggesa jawatankuasa undang-undang untuk menugaskan Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa menjelaskan konsep kedaulatan undang-undang dan mencadangkan mendapatkan pendapat penasihat daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa, di mana Israel menghadapi tuduhan genosid atas tindakannya di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#kedaulatan undang-undang
#pencabulan
#Palestin
#Pakistan
#munir akram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan