awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG

Bernama
Bernama
07/02/2026
21:30 MYT
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
Reaksi Hoe Yean selepas menjuarai acara renang 200 meter gaya bebas pada Kejohanan Renang Umur Berkumpulan Malaysia 2026 di Pusat Akuatik, Bukit Jalil, 7 Feb 2026. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perenang negara, Khiew Hoe Yean, menambah koleksi pingatnya selepas menjuarai acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki dengan emas pada Kejohanan Renang Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MIAG) di sini semalam.
Perenang berusia 23 tahun itu menamatkan perlumbaan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dengan catatan masa 1 minit 49.94 saat (s), meninggalkan pesaing dari Hong Kong, Tsz Lam Lo (1:51.67s) di tempat kedua dan Barry Lai (1:52.08s) di tempat ketiga.
Menilai prestasinya semalam, pemenang emas Sukan SEA Thailand 2025 itu berkata walaupun berdepan jadual padat di MIAG, beliau berpuas hati dengan catatan masanya.
"Kami baru memulakan latihan sekitar sebulan lepas, selepas berehat tiga minggu selepas Sukan SEA Thailand, bermula pada 4 Jan. Untuk hanya sebulan latihan, ia menunjukkan tanda baik tentang aspek yang perlu diperbaiki," katanya.
Sebelum itu, Hoe Yean meraih pingat perak dalam acara 400m rampaian individu dengan catatan masa 4:35.02s, di belakang Lam Lo yang menjuarai dengan 4:29.86s, manakala Low Zheng Yong dari Melaka membawa pulang gangsa dengan catatan 4:45.35s.
Beliau turut meraih pingat gangsa dalam acara 100m kuak lentang dengan catatan 58.06s, di belakang Jason Donovan Yusuf dari (emas, 56.37s) dan Dongqi Yu dari China (perak, 57.27s).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIAG
#Khiew Hoe Yean
#perenang negara
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan