Skip to main content
Advertisement

Dunia

Ketua baharu IRGC dakwa Iran berjaya lemahkan keupayaan ketenteraan AS

[TB]_Ahmad Vahidi_SINAR HARIAN
Ahmad Vahidi (foto) berkata kejayaan itu dicapai hasil ketahanan strategi pertahanan Iran serta keupayaan negara itu memberikan tindak balas terhadap ancaman musuh. -Gambar fail
Advertisement

TEHRAN: Pihak berkuasa Iran mendakwa angkatan tenteranya berjaya melemahkan keupayaan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dalam konflik yang sedang berlangsung ketika ini.

Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang baharu, Mejar Jeneral Ahmad Vahidi berkata kejayaan itu dicapai hasil ketahanan strategi pertahanan Iran serta keupayaan negara itu memberikan tindak balas terhadap ancaman musuh.

Beliau berkata demikian dalam satu mesej kepada anggota IRGC dan agensi keselamatan negara yang diterbitkan portal rasmi Sepah News pada Sabtu.

"Angkatan tentera Iran berjaya menghadapi tekanan dan ancaman yang dikenakan oleh pihak lawan melalui ketahanan serta kesiapsiagaan pertahanan negara," menurut kenyataan itu.

Ahmad Vahidi merupakan antara beberapa pemimpin kanan ketenteraan Iran yang dilantik ke jawatan baharu dalam rombakan kepimpinan ketenteraan negara tersebut minggu ini.

Beliau dilantik sebagai Komander IRGC oleh Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Sayyid Mojtaba Hosseini Khamenei, dan dinaikkan pangkat ke taraf Mejar Jeneral.

Perubahan kepimpinan itu berlaku ketika situasi keselamatan di Asia Barat terus berada dalam keadaan tegang susulan konflik yang berlarutan melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel.

 

Must Watch Video

Advertisement