DUNIA
Ketua Hak Asasi Manusia PBB kecam retorik genosid Israel terhadap Gaza

Turk mengecam pembunuhan besar-besaran, kemusnahan dan halangan bantuan kemanusiaan yang menyebabkan kebuluran, serta pelanggaran hak asasi termasuk pembunuhan wartawan dan kakitangan PBB. -Gambar fail/AP
GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Türk, menyuarakan kebimbangan terhadap retorik terbuka berunsur genosid oleh pegawai kanan Israel berhubung konflik berterusan di Gaza, sambil menggesa tindakan tegas antarabangsa untuk menghentikan pertumpahan darah.
Ringkasan AI
- Pesuruhjaya Tinggi PBB, Volker Turk, menyuarakan kebimbangan terhadap retorik genosid oleh pegawai kanan Israel dan gesa tindakan antarabangsa hentikan pertumpahan darah di Gaza.
- Beliau kecam pembunuhan besar-besaran, kemusnahan dan halangan bantuan kemanusiaan yang menyebabkan kebuluran, serta pelanggaran hak asasi termasuk pembunuhan wartawan dan kakitangan PBB.
- Turk seru masyarakat antarabangsa hentikan aliran senjata ke Israel dan patuhi perintah ICJ untuk mencegah genosid serta pastikan bantuan sampai kepada rakyat Gaza.
Beliau turut menyenaraikan pembunuhan wartawan, kakitangan PBB dan NGO sebagai antara pelanggaran hak asasi yang menggoncang hati nurani dunia.
PBB menganggarkan hampir sejuta penduduk masih berada di sekitar Gaza City yang kini diisytiharkan mengalami kebuluran.
Serangan udara Israel ke atas kawasan kediaman utama dilaporkan semakin meningkat, dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengumumkan operasi ketenteraan akan dipertingkat.
Türk turut mengingatkan bahawa Israel mempunyai kewajipan undang-undang untuk mematuhi perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mencegah genosid, menghukum hasutan kepada genosid, dan memastikan bantuan kemanusiaan mencukupi sampai kepada rakyat Gaza.
“Di mana langkah tegas untuk mencegah genosid? Kita perlu bertindak sekarang, demi menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini,” kata Türk.
Beliau menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa gagal melaksanakan tanggungjawab dan menyeru negara-negara agar menghentikan aliran senjata ke Israel yang berisiko melanggar undang-undang peperangan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami