awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang sasar pasang 5,000 CCTV di seluruh negeri menjelang Oktober
Sultan Pahang zahir kebimbangan isu pemberian taraf PR, kewarganegaraan
PRK Lamag rekod 55.16 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua MPR Indonesia Taufiq Kiemas meninggal dunia

Bernama
Bernama
08/06/2013
15:20 MYT
Ketua MPR Indonesia Taufiq Kiemas meninggal dunia
Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia Taufiq Kiemas, yang juga suami bekas presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri, meninggal dunia di Singapura Sabtu malam akibat serangan jantung.
Agensi berita Antara memetik Ketua Bidang Undang-undang Jawatankuasa Pusat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) Trimedya Pandjaitan sebagai berkata tokoh politik PDIP itu meninggal dunia pada pukul 7 malam waktu Singapura, pada usia 70 tahun.
Allahyarham sebelum itu dirawat di Singapore General Hospital selepas mengadu tidak sihat sejurus selesai menghadiri majlis peringatan kelahiran Pancasila di Ende, Nusa Tenggara Timur pada 1 Jun lepas.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang menerima berita sedih itu berkongsi rasa kesedihan terhadap pemergian seorang tokoh negara.
"Presiden berasa duka yang mendalam atas nama peribadi dan negara," kata jurucakap Presiden, Julian Aldrin Pasha kepada agensi berita Antara.
Jenazah Allahyarham Taufiq akan dikebumikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata di sini pada pukul 11 pagi Ahad sejurus tiba di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma dari Singapura.
Topic Berkaitan
#Taufiq Kiemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan