DUNIA
Ketua PBB: Dunia alami "pergeseran bahaya" akibat perang, ketidakpercayaan, maklumat palsu

Guterres turut menzahirkan kebimbangan terhadap penyebaran maklumat palsu yang mencetuskan perpecahan dan ketakutan. - Gambar fail/REUTERS
LONDON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis memberi amaran tentang berlakunya "pergeseran bahaya" daripada komitmen global, ketika hak asasi manusia "sedang terancam" dan ruang demokrasi semakin "mengecil", lapor Anadolu Ajansi (AA)."
"Perang terus mengganas di benua Eropah dan kepercayaan antara negara semakin rapuh," kata Antonio Guterres dalam mesej video kepada Persidangan Helsinki+50.
Ketua PBB itu turut menzahirkan kebimbangan terhadap penyebaran maklumat palsu yang mencetuskan perpecahan dan ketakutan.
"Kita sedang menyaksikan satu pergeseran bahaya daripada komitmen yang telah menjamin keamanan selama beberapa generasi," katanya.Namun, Guterres menegaskan bahawa nilai-nilai yang termaktub dalam Piagam PBB dan turut disuarakan dalam Akta Akhir Helsinki - kedaulatan, integriti wilayah dan kewujudan bersama secara aman - "kekal sebagai pakatan moral dan strategik kita."
"Marilah kita memperbaharui komitmen terhadap semangat Helsinki dengan menekankan perkongsian serantau untuk menghidupkan semula multilateralisme, melalui kepimpinan berprinsip yang menegakkan undang-undang antarabangsa, dan dengan menyatukan matlamat demi membina masa depan saling menghormati, berdaya tahan dan kemakmuran bersama," tambahnya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami