Skip to main content

Dunia

Rusia kekal pembekal tenaga boleh dipercayai kepada Asia Tenggara - Lavrov

Lavrov berkata, Rusia telah dan tetap menjadi pembekal tenaga dan makanan yang boleh dipercayai kepada semua negara Asia Tenggara. - Foto fail/AP
Lavrov berkata, Rusia telah dan tetap menjadi pembekal tenaga dan makanan yang boleh dipercayai kepada semua negara Asia Tenggara. - Foto fail/AP
Advertisement

MOSCOW: Rusia sentiasa dan akan terus menjadi pembekal bekalan tenaga serta makanan yang boleh dipercayai kepada semua negara Asia Tenggara, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Mengambil kesempatan ini, saya ingin menegaskan semula: Rusia telah dan tetap menjadi pembekal tenaga dan makanan yang boleh dipercayai kepada semua negara Asia Tenggara," kata Lavrov dalam satu perutusan video sempena ulang tahun ke-50  hubungan diplomatik antara Rusia dan Filipina.

Hubungan diplomatik dengan Filipina bermula pada 2 Jun 1976, manakala pertukaran kedutaan antara kedua-dua negara pula berlangsung pada 1977.

Advertisement

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement