Ketua Pengarah WHO kontak rapat kes COVID-19, jalani kuarantin

Nailah Huda
November 2, 2020 03:10 MYT
Tedros tidak mengalami sebarang simptom, namun akan menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari. - Gambar fail
KETUA Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengesahkan beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada satu kes positif COVID-19.
Pada Isnin, Tedros memaklumkan menerusi Twitter, beliau tidak mengalami sebarang simptom dan berada dalam keadaan baik.
“Saya tidak bergejala dan baik-baik sahaja, namun akan menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari mengikut protokol WHO dan bekerja dari rumah,” menurut salah satu ciapan Tedros.
Bekas Menteri Kesihatan Ethiopia itu dalam masa yang sama mengulangi saranan supaya orang ramai mematuhi protokol kesihatan.
“Sangat kritikal untuk kita patuh garis panduan kesihatan. Ini cara kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, menghalang virus ini dan melindungi sistem kesihatan.”
“Saya bersama rakan-rakan sekerja WHO akan terus bekerjasama dengan pihak lain dalam solidariti untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi golongan yang berisiko.”
Tedros memegang jawatan Ketua Pengarah WHO sejak 2017. Sebelum itu, beliau merupakan Menteri Kesihatan Ethiopia dari 2005 hingga 2012.

I have been identified as a contact of someone who has tested positive for #COVID19. I am well and without symptoms but will self-quarantine over the coming days, in line with @WHO protocols, and work from home.

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) November 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#WHO #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #COVID-19 #kes positif #kontak rapat #SOP #Twitter #ethiopia #kuarantin #Simptom #gejala #Tedros Adhanom Ghebreyesus