KARACHI: Komander tentera Pakistan dan China pada Rabu berbincang mengenai keselamatan serantau dan kerjasama ketenteraan dua hala dengan menekankan keperluan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau itu, lapor Anadolu.
Ketua tentera Pakistan Jen Asim Munir bertemu komander Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China, Jen Liu Zhenli, pada hari pertama lawatan empat harinya ke Beijing, menurut kenyataan cabang media tentera Pakistan, Inter-Services Public Relations.
Pada hari pertama lawatannya, Munir melawat Ibu Pejabat PLA di mana beliau telah diberikan kawalan kehormatan.
"Perkara mengenai kepentingan keselamatan bersama dan kerjasama ketenteraan telah dibincangkan. Kedua-dua komander tentera mengulangi mengenai perlunya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini dan meningkatkan kerjasama ketenteraan," menurut kenyataan itu.
Munir juga menyaksikan demonstrasi keupayaan operasi tentera PLA, dan memuji "standard latihan yang tinggi dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh tentera."
Beijing dan Islamabad akan mengambil bahagian dalam sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) minggu ini di India, pesaing lama kedua-dua sekutu itu.
Beliau akan mengadakan pertemuan selanjutnya dengan pemimpin tertinggi tentera China untuk membincangkan usaha meningkatkan hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua tentera.
Lawatan Munir ke negara rakan lama perdagangan dan ketenteraan Islamabad itu susulan peningkatan serangan pengganas di Pakistan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Sekurang-kurangnya 293 orang terkorban manakala 521 cedera dalam kira-kira 436 insiden pengganas di seluruh negara itu tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023
Beijing dan Islamabad akan mengambil bahagian dalam sidang kemuncak SCO minggu ini di India, pesaing lama kedua-dua sekutu itu. - Gambar Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dua pemimpin terlibat kes serangan stesen televisyen ditangkap di Sepanyol
Pihak berkuasa Ecuador mengumumkan dua pemimpin terlibat jenayah yang didakwa terlibat dalam serangan ke atas stesen TV awal tahun ini telah ditangkap dalam satu operasi di Sepanyol.
[TERKINI] 5 maut, 22 cedera serangan pengganas ke atas Turkish Aerospace Industries
Dua pengganas yang menyerang kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di Ankara telah "ditewaskan."
Presiden Turkiye kecam serangan Turkish Aerospace Industries
Serangan ke atas TAI "mensasarkan kelangsungan negara kita" kata Presiden Erdogan.
Putin, Ketua PBB dan Nato ucap takziah atas serangan pengganas di ibu negara Turkiye
Antonio Guterres ucap takziah kepada Turkiye susulan serangan pengganas yang menyasarkan kemudahan Turkish Aerospace Industries.
Serangan pengganas sasar kemudahan Turkish Aerospace Industries di ibu negara Turkiye
Satu serangan pengganas menyasarkan kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara Turkiye, Ankara, kata seorang pegawai kanan Turkiye pada Rabu.
Peguam GISB rayu kerajaan, pihak berkuasa lebih 'ihsan' dalam siasatan
Menurut Rosli, GISB bukanlah kumpulan pengganas atau melakukan perniagaan yang menyalahi undang-undang sehingga tindakan SOSMA perlu dikenakan terhadap mereka.
PDRM tubuh Sel Jururunding hadapi situasi ancam keselamatan negara
PDRM lancar Sel Jururunding berperanan sebagai penghubung antara pihak kerajaan dengan pengganas jika berhadapan situasi ancam keselamatan negara.
Seorang cedera dalam insiden letupan di bandar Cologne
Letupan itu juga telah mengakibatkan kerosakan bangunan komersial di jalan raya Hohenzollernring.
Empat ditembak di lebuh raya di Kentucky, Amerika Syarikat
Kejadian tembakan berlaku ketika polis sedang giat memburu suspek yang dianggap "bersenjata dan berbahaya."
Anwar kecam kegagalan masyarakat antarabangsa hentikan kekejaman Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekecewaannya terhadap "kegagalan sepenuhnya" masyarakat antarabangsa dalam mendesak menamatkan kekejaman Israel di Gaza.