Tanggal 28 Disember, lima tahun lalu Israel melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran ke atas Palestin.
Operasi dikenali sebagai Operasi "Cast Lead", bertujuan menamatkan serangan roket oleh Hamas dan kumpulan pejuang ke atas wilayah mereka.
Menurut Amnesty International, Operasi "Cast Lead" berterusan selama 22 hari.
Sepanjang lebih 500 jam, penduduk Palestin diserang bertubi-tubi tanpa henti.
Operasi dijalankan menggunakan senjata berat, bom dan peluru berpandu, termasuk dari Pesawat Perang F-16, serta drone dan kereta kebal.
Lelaki, wanita dan kanak-kanak ditembak dari jarak dekat, atas dakwaan golongan ini memberi ancaman kepada tentera Israel.
Selebihnya terbunuh, kerana serangan membabi buta, termasuk menggunakan fosforus putih.
Kemusnahan infrastruktur tidak terkata, kediaman, sekolah, dan hospital dibakar selain pegawai perubatan turut menjadi sasaran serangan.
Serangan bertali arus Israel ke atas Palestin, turut mengundang serangan balas daripada pejuang Hamas dan lain-lain kumpulan pejuang.
Selepas tekanan memuncak dari komuniti antarabangsa, Israel menghentikan serangan pada 18 Januari, 2009.
Gencatan senjata kemudian diisytiharkan secara unilateral dua hari sebelum Barack Obama mengangkat sumpah sebagai presiden.
Astro Awani
Sat Dec 28 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kezaliman Israel: 5 tahun selepas 'Cast Lead'
Tanggal 28 Disember, lima tahun lalu Israel melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran ke atas Palestin.