DUNIA
Kim Jong Un arah tentera Korea Utara bersedia untuk 'perang sebenar'

Kim Jong Un (foto) mengarahkan tentera Korea Utara bersiap siaga untuk “perang sebenar” dan melaksanakan latihan artileri intensif sebagai sebahagian daripada tahun latihan ketenteraan 2025. -Gambar fail/Reuters
PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menggesa angkatan tentera negaranya agar bersiap siaga untuk menghadapi “perang sebenar” pada bila-bila masa.
Ringkasan AI
- Kim Jong Un mengarahkan tentera Korea Utara bersiap siaga untuk -perang sebenar- dan melaksanakan latihan artileri intensif sebagai sebahagian daripada tahun latihan ketenteraan 2025.
- Korea Utara dilaporkan menghantar lebih 10,000 tentera dan senjata berat ke Rusia untuk membantu dalam perang Ukraine, dengan ratusan tentera terbunuh menurut perisikan Korea Selatan.
- Kim menyatakan sokongan penuh kepada Rusia dan mengukuhkan kerjasama pertahanan melalui perjanjian bersama yang ditandatangani pada 2024, termasuk klausa bantuan ketenteraan jika diserang.
Pertandingan yang berlangsung pada 23 Julai itu menyaksikan unit artileri menembak ke arah sasaran laut selepas simulasi pergerakan malam dan penempatan tempur mengejut.
Kim dilihat memantau latihan dari pos pemerhatian bersama pegawai kanan tentera, termasuk Menteri Pertahanan No Kwang Chol dan Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat Parti, Pak Jong Chon.
Latihan intensif ini dilaksanakan selaras dengan pengisytiharan Kim bahawa tahun 2025 adalah tahun latihan ketenteraan, dengan penekanan kepada pembangunan taktik artileri dan kaedah tempur moden yang sesuai dengan medan perang masa kini.
Kenyataan itu dibuat selepas Korea Utara dilapor menghantar lebih 10,000 tentera ke wilayah Kursk, Rusia, bersama peluru artileri, sistem peluru berpandu dan roket jarak jauh untuk membantu Moscow dalam perang Ukraine.
Menurut perisikan Korea Selatan, lebih 600 tentera Korea Utara telah terbunuh dan ribuan lagi cedera dalam konflik tersebut.
Kim turut menyatakan sokongan penuh kepada Rusia dalam pertemuan dengan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, minggu lalu.
Kedua-dua negara yang dikenakan sekatan antarabangsa telah menandatangani perjanjian pertahanan bersama pada 2024, termasuk klausa bantuan ketenteraan sekiranya diserang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami