awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolam renang di UK berdepan risiko ditutup susulan kenaikan kos

Bernama
Bernama
28/05/2022
06:12 MYT
Kolam renang di UK berdepan risiko ditutup susulan kenaikan kos
Penutupan itu kerana kolam menjadi usang dan proses membaik pulih memerlukan kos yang tinggi.- Gambar fail/Freeimages.com
MOSCOW: Beratus-ratus kolam renang di United Kingdom (UK) berdepan risiko ditutup ekoran kesan pandemik COVID-19 dan kenaikan mendadak harga tenaga, lapor Sputnik, memetik akhbar Financial Times pada Sabtu.
Menurut akhbar itu berenang, aktiviti fizikal paling popular di UK namun, sebelum pandemik badan induk kebangsaan renang, Swim England, menyatakan hampir separuh daripada 4,000 kolam di negara itu bakal ditutup menjelang 2030.
Penutupan itu kerana kolam menjadi usang dan proses membaik pulih memerlukan kos yang tinggi.
Ketua Swim England, Jane Nickerson, berkata jumlah kemudahan kolam renang yang bakal ditutup dijangka lebih tinggi berikutan peningkatan jumlah hutang akibat pandemik dan kenaikan harga tenaga antara 100 dan 150 peratus sejak 2019.
Tinjauan UKActive mendapati 85 peratus pengendali kolam renang awam menyatakan mereka akan mengurangkan perkhidmatan dalam tempoh enam bulan akan datang, manakala 63 peratus lagi berkemungkinan mengurangkan jumlah kakitangan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kolam renang
#United Kingdom
#COVID-19
#pandemik
#guna tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan