DALAM satu pertunjukan berpadu terhadap penjajahan dan penindasan Zionis, warga Palestin dari semua lapisan masyarakat melakukan mogok umum (Karameh – perkataan Arab untuk “martabat”) pada 18 Mei yang belum pernah dilihat sejak 1936 semasa zaman Mandat Palestin di bawah Britain ketika itu.
Mogok umum 1936 menyebabkan penubuhan Suruhanjaya Peel yang menetapkan idea pertama untuk pembelahan wilayah (partition). Baitulmuqaddis dan “zon tengah” Palestin akan berada di bawah pemerintahan antarabangsa (pada masa itu, Liga Bangsa-Bangsa) yang dipimpin Britain.
Keseluruhan Tebing Barat dan Palestin selatan (termasuk Gaza) akan tertakluk di bawah pentadbiran Yahudi.
Banyak yang telah diperkatakan mengenai penolakan Arab semenjak itu. Tetapi konteks akan memberikan kejelasan dan penghayatan mengenai pendirian (asal) Arab Palestin.
Menurut Shaul Bartal dalam “Laporan Suruhanjaya Peel tahun 1937 dan Asal-Usul Konsep Pembelahan” (Tinjauan Kajian Politik Yahudi, 2017), Jawatankuasa Tinggi Arab (AHC) menolaknya dan sebaliknya menuntut sepenuhnya sebuah negara Arab berdaulat untuk mencerminkan realiti demografi. Hujah yang memihak kepada sebuah Negara Palestin yang merdeka dan penolakan terhadap “tanahair nasional” Yahudi (sebagaimana menurut Pengisytiharan Balfour) dikemukakan dalam buku, Mandat Palestin, Tidak Sah dan Tidak Praktikal: Sumbangan Hujah dan Dokumen untuk Penyelesaian Masalah Palestin (1936) oleh WF Boustany (anggota Rombongan Arab Palestin Ketiga ke London pada tahun 1923).
Ringkasnya, Yahudi yang berhijrah ke Palestin di bawah panji Zionisme adalah pendatang asing – tidak seperti Yahudi minoriti yang kekal di tanah itu yang dapat menuntut keturunan mereka tanpa putus.
Lagi pun, asal-usul Yahudi (iaitu dari segi etnik sahaja) peneroka imigran dapat dipertikaikan atas isu genetik seperti ditonjolkan dalam, Penciptaan Orang Yahudi (2009) oleh sejarawan Israel, Prof Shlomo Sands. Buku Prof Sand yang lain, Penciptaan Negara Israel (2012) menunjukkan dengan meyakinkan bahawa Tanah Israel (Eretz Yisrael) bukan, dari sudut sejarah dan geografi, sama dengan Negara Israel (Medinat Yisrael).
Pendek kata, demografi Palestin bukan sahaja mulai berubah semasa zaman Kristianisasi Empayar Rom, Arabisasi – Kristian (lihat Doron Bar “Pengkristianan Desa Palestin pada Zaman Antikuiti Akhir”, 2003 seperti diterbitkan dalam Jurnal Sejarah Kegerejaan) dan Muslim – mengubah landskap sosial.
Sudah tentu, Palestin yang berada di persimpangan jalan kebanyakkan tamadun kuno dan titian antara budaya, wilayah dan benua telah memeluk gelombang demi gelombang migrasi dari semua arah.
Hakikatnya adalah bahawa penerimaan Palestin terhadap penyelesaian dua negara berdasarkan Perjanjian Gencatan Senjata 1949 (atau juga dikenali sebagai Garis Sempadan Pra-1967/Garis Sempadan Hijau) yang dibalas dengan penempatan di Tebing Barat dan aneksasi yang diancam Netanyahu hanya menunjukkan penolakan Zionis.
Baru-baru ini sahaja, Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, dipetik oleh The Star telah menyatakan bahawa, “[Kedua-dua pihak] harus kembali ke meja rundingan mengenai penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan sebelum perang 1967”.
Kononnya pula, selama ini yang menolak penyelesaian dan kedamaian adalah dari pihak Arab.
Penolakan Zionis juga dilihat dalam pengeboman strategik dari masa ke masa ke atas Gaza – dengan tujuan menghancurkan infrastruktur sehingga dapat melemahkan niat dan iltizam rakyat Gaza untuk menentang (sebagai tindakan hukuman).
Selepas gencatan senjata terbaru berikutan satu lagi babak jenayah perang, adalah menjadi tanggungjawab penyerang mengambil langkah bagi mengakhiri kitaran pembunuhan dasyat dan kemusnahan unutk selamanya serta berusaha menuju ke arah penyelesaian dua negara.
Serentak dengan itu, rejim Tel Aviv harus menarik diri dari Tebing Barat secara keseluruhan.
Atau pun sekurang-kurangnya meninggalkan penempatan lain di bawah pentadbiran Palestin. Rancangan ini bermakna bahawa penempatan yang ketinggalan (yang tidak dimansuhkan), terutama yang lebih mapan dan canggih seperti bandar atau kota mandiri, akan ditetapkan sebagai zon khas. Kawasan-kawasan ini akan berada di bawah bidang kuasa Negara Palestin (Dawlat Filastin). Oleh itu, peneroka yang tinggal di sana akan menjadi “tetamu” dan tertakluk kepada undang-undang tanah dan cukai taksiran khas, selain cukai biasa (penilaian hartanah, pendapatan, korporat).
Jika Israel berkeras menjajah Tebing Barat, ini bermungkinan akan membawa kepada konflik wilayah baru – di mana dinamiknya berbeza dari perang Arab-Israel yang lalu.
Rumusannya, penolakan Zionis tidak boleh dilihat sebagai berpunca dari kemenangan Zionis setakat ini.
Mana tahu, permulaan bagi berakhirnya mitos kemenangan dan kekuatan Zionis mungkin sudah berlaku sekarang.
* Jason Loh Seong Wei merupakan Ketua Bahagian Sosial, Perundangan dan Hak Asasi di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas berfokuskan saranan-saranan dasar strategik berdasarkan kajian yang menyeluruh.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Jason Loh Seong Wei
Thu May 27 2021
Rumusannya, penolakan Zionis tidak boleh dilihat sebagai berpunca dari kemenangan Zionis setakat ini. - REUTERS
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Aktivis sayap kanan Israel anjur persidangan buka petempatan Yahudi di Gaza
Semasa persidangan, bengkel diadakan untuk mengajar cara membina petempatan tanpa kebenaran rasmi kerajaan.
Setahun Genosid Gaza: Terjemahkan jaringan kerjasama antarabangsa kepada tindakan bermakna
Kerjasama diperingkat antarabangsa perlu diterjemahkan kepada tindakan bermakna demi keamanan Palestin.
Setahun genosid: Malaysia seru komuniti antarabangsa bersatu
Wisma Putra menegaskan ini adalah masanya untuk bertindak selepas genap setahun kekejaman rejim Zionis Israel terhadap Palestin.
Badan, pemimpin dunia masih terjerat naratif pro-Zionis
Sebilangan pemimpin dan badan dunia mengeluarkan kenyataan dilihat cenderung ke arah pro-Zionis.
Lebih 500 maut di Lubnan akibat serangan bom Israel
Angka korban serangan tentera pengganas Zionis di Beirut dan bahagian selatan Lubnan kini melebihi 500 nyawa.
Kekejaman Zionis: Israel amal sikap 'satu dunia salah', kini giliran Mesir jadi mangsa – PM Anwar
Israel sering bersikap cuba menyalahkan seluruh dunia yang tidak menyebelahi tindakannya, dan yang terbaharu ialah Mesir, kata Anwar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pembunuhan pemimpin Hamas tidak mengurangkan semangat pejuang - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yakin pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Tehran, Iran tidak akan mengurangkan semangat juang pejuang Hamas.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insiden terhadap Ismail merupakan jenayah tidak berperikemanusiaan, terkutuk lagi terkeji yang wajib dikecam sekeras-kerasnya.