awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
DUNIA
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
MALAYSIA
KKR perlu RM4 bilion setahun bagi kerja selenggara, naik taraf sepenuhnya jalan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

[KOLUMNIS] Zionis akan gunakan sentimen Syiah-Sunni untuk tewaskan Iran

Razali Awang
Razali Awang
17/06/2025
07:39 MYT
[KOLUMNIS] Zionis akan gunakan sentimen Syiah-Sunni untuk tewaskan Iran
Tidak pelik selepas ini dalam keadaan yang semakin mendesak, Zionis akan menggunakan naratif pertembungan Syiah-Sunni untuk menjayakan cita-cita jahatnya. - Foto AP
ARAHAN China yang meminta rakyatnya di Israel supaya meninggalkan negara haram itu dengan seberapa segera mulai 16 Jun menjadi petanda yang perang antara rejim Zionis dengan Iran memasuki fasa baharu.

Ringkasan AI
  • Arahan China dan amaran AS kepada rakyat masing-masing menunjukkan konflik Iran-Israel semakin memuncak dan mungkin libatkan kuasa besar dunia.
  • Netanyahu cuba tarik Trump sertai perang kerana Israel sedar ia tak mampu kalahkan Iran tanpa bantuan ketenteraan luar, walaupun ada senjata canggih.
  • China, Rusia, Pakistan dan Korea Utara sokong Iran; lokasi strategik Iran beri kelebihan logistik jika perang berlarutan risiko perang besar makin tinggi.

Perintah itu datang hampir serentak dengan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang meminta penduduk Tehran keluar daripada bandar berkenaan dan berlindung di tempat lain yang lebih selamat.
Perkembangan itu memberi indikasi yang perang antara dua seteru, Iran-Israel tidak akan berakhir dalam masa terdekat.
Percaturan Benjamin Netanyahu yang cuba mengheret ‘bapa ayamnya’ iaitu Presiden Donald Trump ke kemuncak kancah yang dimulainya pada 12 Jun lalu menunjukkan tanda lobi positif yang Rumah Putih akan terbabit secara langsung untuk bersama rejim Zionis menghancurkan kepimpinan Republik Islam Iran - negara yang pernah memalukannya sejak lebih 40 tahun.
Tel Aviv menerima hakikat, ia tidak mampu menghancurkan Iran tanpa pembabitan kuasa luar walaupun mendakwa memiliki antara tentera dan aset ketenteraan terbaik dunia. Tel Aviv nyata tidak yakin dengan moral askarnya yang terkesan dengan serangan berterusan oleh Iran.
Itu belum lagi diambil kira faktor domestik lain, termasuk penentangan daripada rakyat sendiri yang menentang keras cara Netanyahu menangani krisis tawanan yang diculik pejuang Hamas sejak 7 Oktober 2024.
Israel walaupun berjaya menjinak hampir kesemua negara Arab, terpaksa menggunakan pengaruh AS untuk terus menarik hidung ‘Sheikh’, ‘Amir’ dan ‘Presiden’ supaya tidak menghalang usahanya untuk menjayakan impian besarnya mewujudkan ‘Greater Israel’.
Berdasarkan faktor logistik, kedudukan Iran yang bersempadan dengan negara Arab berkenaan akan memberi peluang kepada Tel Aviv melalui AS untuk memanipulasi dan mendapat akses ketenteraan bagi menggunakan ruang udara, ia masih menjadi perkara bukan mudah.
Kedudukan geografinya memberi kelebihan sama ada untuk mengekang serangan darat atau menjadi ‘zon penampan’ kepada kuasa besar lain iaitu Rusia dan China.
Juga tidak dilupa, Iran juga penting kepada Pakistan yang berdepan dengan ancaman daripada India yang menjadi sekutu kuat Israel.
Negara ini memberi kelebihan kepada Tehran untuk terus mendapatkan keperluan logistik ketenteraan sekiranya perang yang berlaku berpanjangan kerana ia boleh direntasi melalui sempadan udara, darat dan laut.
Bahkan selepas serangan mengejut yang dilancarkan Israel ke tapak nuklearnya dengan melumpuhkan sistem pertahanan udara di bahagian tengah negara itu, ia kemudian berjaya dipulihkan dengan segera.
Penganalisis Perancis berpendapat yang Tehran tidak mampu lakukannya sendirian dan berpendapat ia telah dibantu secara teknikal oleh Islamabad.
Berdasarkan sumber perisikan, Pakistan mempunyai protokol ketenteraan bersama dengan negara berkenaan.
Dalam keadaan masyarakat antarabangsa memerhati dengan penuh bimbang perkembangan yang berlaku, China, Rusia dan Korea Utara dikatakan menyatakan pendirian akan bersama Iran berdepan dengan Israel dan sekutu Baratnya.
Tidak pelik selepas ini dalam keadaan yang semakin mendesak, Zionis akan menggunakan naratif pertembungan Syiah-Sunni untuk menjayakan cita-cita jahatnya.
Pemimpin Arab memang tidak boleh diharap!
* Artikel ini ditulis oleh Razali Awang merupakan perunding media untuk Alkhair Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis, dan/atau berdasarkan bidang yang dijalaninya, serta tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Benjamin Netanyahu
#AlKhair Malaysia
#Israel serang Iran
#syiah vs sunni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami