awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Tiada kekurangan bekalan minyak global meskipun konflik Asia Barat meruncing - Novak
MALAYSIA
MITI siasat dakwaan pelanggaran libatkan cip AI Nvidia
MALAYSIA
KPT pelbagaikan kaedah PdP, ketengah 'edutourism'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi

Bernama
Bernama
18/06/2025
08:59 MYT
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
Walaupun abu gunung berapi tidak sampai ke Bali, syarikat penerbangan tetap membatalkan penerbangan sebagai langkah berjaga-jaga. - Reuters
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 penerbangan ke dan dari pulau peranginan Bali, Indonesia dibatalkan selepas Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus dan memuntahkan awan abu tebal setinggi lebih 11 kilometer ke udara, menurut pegawai penerbangan dan bencana, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Letusan besar terbaharu itu berlaku pada waktu senja Selasa di daerah Flores Timur, di pulau Flores di timur Indonesia, sehingga mendorong pemindahan penduduk yang terdedah termasuk bayi dan warga emas dari kampung-kampung berhampiran.
Walaupun abu gunung berapi tidak sampai ke Bali, syarikat penerbangan tetap membatalkan penerbangan sebagai langkah berjaga-jaga susulan potensi risiko terhadap keselamatan penerbangan.
"Berdasarkan data setakat 9.30 pagi Rabu, sebanyak 17 penerbangan keluar dan 15 penerbangan masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali dibatalkan," kata Wahyudi, pemangku pengurus besar pengendali lapangan terbang Angkasa Pura.
Menurut beliau, penerbangan keluar yang terjejas termasuk 12 laluan antarabangsa - antaranya ke Singapura, Melbourne, Brisbane, Adelaide, Sydney, Shanghai, Auckland dan Delhi - serta lima laluan domestik, terutamanya ke Labuan Bajo dan Semarang.
Penerbangan masuk dari destinasi sama turut dibatalkan.
Syarikat penerbangan menawarkan pilihan kepada penumpang termasuk bayaran balik penuh, penjadualan semula atau penukaran laluan, katanya.
Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban selepas Gunung Lewotobi Laki-Laki yang berketinggian 1,584 meter dari paras laut itu meletus pada November tahun lepas.
Indonesia yang terletak di Lingkaran Api Pasifik mempunyai lebih daripada 120 gunung berapi aktif dan kerap mengalami aktiviti gunung berapi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letusan gunung berapi
#Gunung Lewotobi
#Indonesia
#penerbangan dibatalkan
#Bali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami