LONDON: Menyaksikan sendiri insiden letupan di Lapangan Terbang Kabul, merupakan satu perkara yang tidak dapat dilupakan dalam hidup Brigadier James Martin.

Martin yang menjalankan operasi darat UK di Kabul, mendedahkan pengalamannya dalam satu wawancara berkenaan dengan usaha pemindahan keluar oleh Britain di Afghanistan.

Jelasnya ketika kejadian, pasukannya berlari ke arah letupan yang dilakukan oleh pengebom bunuh diri.

"Saya melihat sendiri peristiwa tragis seminggu yang lalu ketika seorang pengebom bunuh diri Daish menyebabkan 13 anggota marin dan tentera laut AS terbunuh.

"Tetapi cara tentera kita bertindak balas terhadap kejadian itu adalah salah satu perkara terbaik yang pernah saya lihat," katanya.

Bagaimanapun tegas martin, kehadiran Britain selama 20 tahun di Afghanistan tidak sia-sia.

Ia adalah perjuangan ke atas pendidikan lebih 6 juta wanita dan kebebasan yang dapat dinikmati rakyat Afghanistan.

"Wajar untuk saya katakan bahawa tiada siapa mahu melihat Afghanistan dalam keadaan sekarang, tetapi saya perhatikan beberapa perkara.

"Dalam masa 20 tahun, tiada serangan pengganas berlaku oleh Afghanistan.

"Selama itu juga, kira-kira 6.3 juta wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan," tambahnya lagi.

Pasukan terakhir Britain terbang keluar dari Afghanistan adalah pada 8 Ogos, setelah rundingan dilakukan dengan Taliban bagi memudahkan usaha pemindahan.