BEIJING: Komunikasi antara Beijing dengan Washington di segenap peringkat perlu diteruskan, manakala saluran komunikasi sedia ada harus dioptimumkan bagi menggalakkan kerjasama dua hala, kata Presiden China, Xi Jinping.
Beliau berkata demikin semasa dalam perbualan telefon bersama rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Khamis.
Xi berkata tindakan mentakrifkan hubungan China-AS dari perspektif persaingan strategik dan melihat China sebagai lawan utama serta cabaran serius jangka panjang adalah tanggapan salah terhadap hubungan dua negara serta pembangunan China, sekali gus mengelirukan rakyat kedua-dua negara dan masyarakat antarabangsa.
"Tatkala keadaan ekonomi dunia tidak menentu ketika ini, kedua-dua buah negara diharapkan supaya menerajui dalam menegakkan keamanan dan keselamatan global, serta menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran dunia.
"Perlunya komunikasi dikekalkan antara kita (China dan AS) berhubung beberapa isu utama, antaranya termasuk koordinasi dasar makroekonomi, usaha sama dalam memastikan rantaian perindustrian dan bekalan global kekal stabil, serta melindungi keselamatan tenaga dan barang makanan," kata Xi.
Beliau turut menyatakan kedua-dua pihak harus bersinergi ke arah meredakan ketegangan serantau, membantu dunia menyingkirkan COVID-19 secepat mungkin dan mengurangkan risiko stagflasi serta keluar daripada kemelesetan.
Menyentuh mengenai isu Taiwan, Xi mengulangi pendirian Beijing yang sentiasa tegas dan konsisten mempertahankan kedaulatan negara serta keutuhan wilayah.
"Kami dengan tegas menolak cubaan pemisah 'kemerdekaan Taiwan' dan campur tangan asing, dan tiada ruang untuk berlakunya sebarang pemisahan dalam apa jua bentuk.
"AS sepatutnya menepati janji, iaitu menghormati prinsip satu China dan melaksanakan tiga pengumuman bersama China-AS," tambah Xi.
Sementara itu Biden berkata dunia kini berada pada saat kritikal, dan kerjasama AS-China bukan sahaja bermanfaat kepada rakyat kedua-dua negara, malah juga untuk rakyat semua negara.
"Saya berharap komunikasi berkenaan dapat diteruskan untuk meningkatkan kesefahaman dan mengelak daripada berlakunya salah faham, sekali gus meneroka peluang kerjasama yang mempunyai kepentingan bersama," katanya.
Biden turut mengulangi pendirian AS mengenai dasar satu China tidak akan berubah dan pihaknya turut tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan'.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
XI JINPING: Tatkala keadaan ekonomi dunia tidak menentu, kedua-dua buah negara diharapkan supaya menerajui dalam menegakkan keamanan dan keselamatan global. - Gambar fail
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Lawatan kerja: Xi Jinping bawa suara baharu kepada Global Selatan - PM
Presiden China Xi Jinping telah membawa "suara baharu" kepada Global Selatan dan masyarakat antarabangsa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.
Minat syarikat China untuk melabur di Malaysia meningkat - PM Anwar
Terdapat peningkatan minat dalam kalangan pelabur-pelabur dari China untuk meneroka pelaburan di Malaysia hasil lawatan kerja Perdana Menteri.
Xi, Modi adakan pertemuan rasmi pertama dalam tempoh 5 tahun
Kedua-dua pemimpin bertemu dalam pertemuan rasmi pertama mereka dalam tempoh lima tahun di luar Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.
BRICS 2024: Xi, Putin bertemu di Kazan
Presiden China Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin di Istana Kremlin.
Presiden baharu Indonesia, Prabowo terima kunjungan Naib Presiden China
China sedia bersinergi dengan Indonesia di bawah kepimpinan dan bimbingan ketua negara itu yang baharu.
Xi Jinping ucap tahniah kepada Prabowo atas pelantikan sebagai Presiden Indonesia
Tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Indonesia, yang akan menyediakan peluang baharu bagi memajukan kerjasama dua hala, kata Xi.
China bersedia jadi rakan kongsi dan sahabat kepada AS - Xi Jinping
China sentiasa mengendalikan hubungan Beijing-Washington berdasarkan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama untuk mencapai manfaat bersama, kata Presiden Xi Jinping.