awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kondominium Thailand, pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China

Agensi
Agensi
10/01/2025
10:10 MYT
Kondominium Thailand, pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.- Foto Reuters
BANGKOK: Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.
Ketua Penyelidikan dan Perundingan di Firma Hartanah Cushman & Wakefield Thailand, Surachet Kongcheep berkata, jualan kondominium daripada pembeli warga Myanmar bersambung selepas terhenti seketika berikutan konflik politik Myanmar pada April lalu.
Menurutnya, kesan terhadap pembelian kondominium Thailand oleh pembeli Myanmar hanya gangguan sementara kepada pasaran.
Menurut Surachet, pemaju hartanah Thailand lebih gemar membawa warganegara Myanmar ke Thailand untuk lawatan hartanah kerana lebih mudah dalam urusan pemasaran dan berhubung secara langsung dengan pembeli yang berpotensi.
Beliau turut menjelaskan bahawa pemindahan hak milik kondominium kepada pembeli dari Myanmar kekal kukuh tahun lalu kerana kebanyakan pembelian telah dibuat lebih awal dan pembeli Myanmar sudah memindahkan dana mereka ke luar negara lebih awal.
Pemindahan kondominium kepada pembeli Myanmar dijangka mencatat rekod baharu pada tahun 2024 apabila jumlah bagi sembilan bulan pertama tahun ini telah melepasi rekod yang dicatat pada tahun 2023.
Menurut pusat maklumat hartanah (REIC), jumlah unit yang dijual kepada pembeli Myanmar dan nilainya dalam sembilan bulan pertama tahun lalu adalah sebanyak 1,050 unit bernilai 5.46 bilion baht, meningkat daripada 347 unit bernilai 2.25 bilion baht bagi tempoh sama pada tahun 2023.
Sementara itu, pada separuh pertama tahun 2024, sebanyak 638 unit bernilai 3.24 billion baht telah dijual.
Topic Berkaitan
#Thailand
#Myanmar
#kondominium
#hartanah Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan