awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Afghanistan: Kanada rancang terima 20,000 rakyat Afghan paling rentan

Agensi
Agensi
14/08/2021
00:29 MYT
Konflik Afghanistan: Kanada rancang terima 20,000 rakyat Afghan paling rentan
Kepulan asap hitam dilihat susulan pertempuran antara Taliban dan anggota keselamatan Afghanistan di Kandahar, Afghanistan, barat daya Kabul, 12 Ogos, 2021. (Foto AP)
KANADA merancang untuk menempatkan semula lebih 20,000 rakyat Afghanistan yang rentan, termasuk pemimpin wanita, pekerja hak asasi manusia dan wartawan bagi melindungi mereka daripada pemberontak Taliban.
Usaha itu sebagai tambahan kepada inisiatif sebelumnya dalam meraikan ribuan rakyat Afghanistan yang bekerja untuk kerajaan Kanada, sebagai jurubahasa dan pekerja kedutaan contohnya, serta keluarga mereka.
"Ketika Taliban terus mengambil alih lebih banyak kawasan Afghanistan, semakin banyak nyawa warga Afghan berada di bawah ancaman yang semakin meningkat," kata Menteri Imigresen Marco Mendicino, pada Jumaat.
Menteri Pertahanan Harjit Sajjan menyatakan, beberapa pasukan khas Kanada berada di Afghanistan untuk mengambil bahagian dalam usaha penempatan semula itu.
"Cabaran di lapangan cukup besar," katanya.
Rancangan baru Kanada akan memberi tumpuan kepada mereka yang rentan, termasuk pemimpin wanita, pembela hak asasi manusia, wartawan, dan mangsa penganiayaan minoriti agama, kata Mendicino.
Ia meliputi individu yang ingin meninggalkan Afghanistan dan mereka yang sudah berada di negara jiran.
Taliban setakat ini telah merampas bandar-bandar kedua dan ketiga terbesar Afghanistan.
"Kami tahu keadaan semakin tenat sekarang. Ia semakin teruk dari masa ke masa," tambah Mendicino.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Taliban
#Kanada
#wartawan
#hak asasi manusia
#Marco Mendicino
#penempatan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan