Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Hezbollah nafi komander terkorban dalam serangan Israel

Site of an Israeli strike that took place before a temporary ceasefire went into effect, in the southern suburbs of Beirut, Lebanon, May 6, 2026. REUTERS/Mohamed Azakir REFILE - ADDING INFORMATION TPX IMAGES OF THE DAY
Lokasi serangan udara Israel yang berlaku sebelum gencatan senjata sementara berkuat kuasa di pinggir selatan Beirut, Lubnan. - Foto REUTERS

BEIRUT: Sumber Hezbollah menafikan dakwaan bahawa serangan udara Israel baru-baru ini berjaya menyasarkan mana-mana komander kanan kumpulan itu, termasuk pemimpin Pasukan Radwan, Malek Balout.

Menurut sumber tersebut, tiada pegawai kanan Pasukan Radwan atau Hezbollah yang disasarkan atau terkena serangan itu, walaupun Israel sebelum ini mendakwa menyasarkan individu penting dalam operasi tersebut.

Bagaimanapun, serangan itu mencetuskan kebimbangan kerana berlaku ketika gencatan senjata masih berkuat kuasa, khususnya di pinggir selatan Beirut, kawasan padat penduduk yang sebelum ini dianggap selamat oleh orang awam.

Ramai penduduk dilaporkan kembali ke kawasan tersebut selepas gencatan senjata, dengan harapan tiada lagi serangan akan berlaku, terutama di ibu negara Lubnan itu.

Perkembangan terbaru ini dilihat sebagai isyarat bahawa Israel bersedia meneruskan serangan di mana-mana lokasi yang dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negaranya, walaupun dalam tempoh gencatan senjata.
 

 

Must Watch Video