Skip to main content

Dunia

Tesla panggil balik hampir 219,000 kenderaan di AS berhubung isu kamera pandang belakang

51671677186_Teslalogo.jpg
Panggilan balik itu membabitkan model tertentu Model 3, Model Y, Model S dan Model X, menurut NHTSA. - Gambar fail

SAN FRANCISCO: Tesla memanggil balik 218,868 kenderaan di Amerika Syarikat (AS) susulan kelewatan paparan imej kamera pandang belakang yang boleh meningkatkan risiko kemalangan, menurut Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) pada Rabu, lapor Xinhua.

Badan kawal selia itu memaklumkan paparan kamera pandang belakang pada kenderaan terlibat mungkin mengalami kelewatan apabila kenderaan diundur, sekali gus mengurangkan penglihatan pemandu.

Panggilan balik itu membabitkan model tertentu Model 3, Model Y, Model S dan Model X, menurut NHTSA.

Tesla telah mengeluarkan kemas kini perisian secara tanpa wayar bagi menangani isu berkenaan, menurut badan kawal selia itu.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video