Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: PBB beri amaran risiko pelanggaran undang-undang susulan pemindahan paksa Israel di Lubnan

U.N. High Commissioner for Human Rights Volker Turk speaks to the media during a stake out giving an update on the Middle East crisis, at the European headquarters of the United Nation in Geneva, Switzerland, Friday, March 6, 2026. (Salvatore Di Nolfi/Keystone via AP)
Turk (foto) menegaskan bahawa arahan melibatkan ratusan ribu penduduk itu menimbulkan persoalan besar berkaitan isu pemindahan paksa, yang dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa. -Gambar fail/AP

GENEVA: Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk, menyuarakan kebimbangan terhadap arahan pemindahan besar-besaran oleh tentera Israel di selatan Lubnan dan pinggir bandar selatan Beirut, yang didakwa berpotensi melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Turk menegaskan bahawa arahan melibatkan ratusan ribu penduduk itu menimbulkan persoalan besar berkaitan isu pemindahan paksa, yang dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Advertisement

"Arahan pemindahan yang menyeluruh dan besar-besaran ini melibatkan ratusan ribu orang.

"Ini menimbulkan kebimbangan serius di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, terutamanya apabila ia melibatkan isu-isu berkaitan pemindahan paksa," kata Turk di Geneva pada Jumaat.

Kenyataan itu menyusul selepas tentera Israel melancarkan serangan udara hebat di pinggir bandar selatan Beirut sejurus selepas mengarahkan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing, termasuk kawasan berhampiran lapangan terbang ibu negara itu.

Turk menyifatkan Lubnan kini menjadi titik kilat utama dalam konflik di rantau Asia Barat dan melahirkan kegusaran terhadap perkembangan terbaharu yang menyaksikan serangan roket berterusan oleh Hizbullah serta tindak balas keras daripada tentera Israel.

Situasi di Lubnan dilaporkan semakin genting sejak Isnin apabila serangan udara Israel mula tertumpu di Beirut serta kawasan selatan dan timur negara itu, sekali gus mencetuskan krisis pelarian yang besar di tengah-tengah peperangan yang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

Must Watch Video