Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: AS pertimbang kurangkan operasi ketenteraan di Iran - Trump

U.S. President Donald Trump gestures in front of a model of a B‑2 bomber commemorating "Operation Midnight Hammer" during an event to sign an executive order creating an anti‑fraud task force headed by U.S. Vice President JD Vance in the Oval Office at the White House in Washington, D.C., U.S., March 16, 2026. REUTERS/Jonathan Ernst
Trump berkata AS tidak seharusnya terus menjadi pihak utama yang menjaga keselamatan kawasan Selat Hormuz. - Foto fail/REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata bahawa negara itu kini semakin hampir mencapai matlamat ketenteraan dalam konflik di Iran dan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan operasi tenteranya di negara tersebut.

Dalam kenyataan melalui platform Truth Social, Trump menegaskan bahawa selepas ancaman Iran berjaya dihapuskan, negara-negara lain yang menggunakan Selat Hormuz perlu mengambil alih tanggungjawab untuk mengawal dan menguatkuasakan keselamatan laluan perairan strategik itu.

Advertisement

Beliau menambah bahawa AS tidak seharusnya terus menjadi pihak utama yang menjaga keselamatan kawasan tersebut.

Trump turut menyatakan bahawa AS bersedia membantu negara-negara lain dalam usaha mengawal Selat Hormuz sekiranya diminta, namun menegaskan perkara itu sepatutnya tidak diperlukan setelah ancaman Iran dapat ditangani sepenuhnya.

Laporan-laporan antarabangsa turut menyebut bahawa operasi ketenteraan besar-besaran oleh AS sejak akhir Februari 2026 telah menyasarkan infrastruktur ketenteraan serta tenaga Iran.

Pengumuman ini hadir ketika pentadbiran Trump berhadapan tekanan geopolitik, kenaikan harga minyak global dan persoalan mengenai arah tuju konflik yang masih berlarutan.

Walaupun beberapa kenyataan daripada pegawai AS menunjukkan kempen ketenteraan berjalan lebih cepat daripada jadual, keputusan untuk menamatkan operasi sepenuhnya masih bergantung kepada penilaian ancaman serta pencapaian objektif strategik.

Dengan ketegangan di Asia Barat yang masih berlanjutan, tumpuan masyarakat antarabangsa kini terarah kepada keputusan seterusnya oleh AS, sama ada negara itu akan mengurangkan operasi ketenteraannya di Iran atau mengekalkan kehadiran sedia ada berikutan perkembangan keselamatan di rantau tersebut.

 

 

 

Must Watch Video