Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Selat Hormuz akan kekal ditutup susulan pelanggaran gencatan senjata oleh AS - IRGC

Ships and tankers in the Strait of Hormuz off the coast of Musandam, Oman, April 18, 2026. REUTERS/Stringer
Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memaklumkan bahawa bermula petang semalam, Selat Hormuz akan kekal ditutup. - Gambar Reuters

TEHRAN: Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memaklumkan bahawa bermula petang semalam, Selat Hormuz akan kekal ditutup.

Dalam satu kenyataan, IRGC berkata, beberapa buah kapal telah melalui selat itu semalam, namun “berikutan pelanggaran syarat-syarat gencatan senjata, musuh Amerika tidak menarik balik sekatan tentera laut ke atas kapal dan pelabuhan Iran.”

Advertisement

“Oleh itu, bermula petang ini (Sabtu), Selat Hormuz akan ditutup sehingga sekatan ini ditarik balik.

“Kami memberi amaran bahawa tiada mana-mana kapal dibenarkan bergerak dari tempat berlabuhnya di Teluk Parsi dan Laut Oman dan sebarang usaha menghampiri Selat Hormuz akan dianggap sebagai kerjasama dengan pihak musuh, dan kapal yang melanggar arahan ini akan menjadi sasaran,” menurut kenyataan itu lagi.

“Kami juga memaklumkan, semua kapal dan pemiliknya supaya hanya mengikuti berita daripada pihak berkuasa rasmi Tentera Laut IRGC dan melalui Saluran 16, dan kenyataan Presiden Amerika Syarikat yang disifatkan sebagai pengganas berhubung Selat Hormuz dan Teluk Parsi tidak mempunyai sebarang kredibiliti,” tambah kenyataan tersebut. - Agensi

Must Watch Video