Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Singapura, Malaysia perkukuh penyelarasan

Spoke with Prime Minister Anwar Ibrahim yesterday, shortly after arriving in China. We had a constructive exchange on the latest developments in the Middle East — including the risks of escalation, its impact on global oil supplies, and how we can do more to safeguard our peoples’ livelihoods and regional stability — both bilaterally and through ASEAN. Singapore and Malaysia will continue to coordinate closely on issues that matter to both our countries.
Perdana Menteri kedua-dua negara mengadakan perbincangan yang membina menerusi panggilan telefon mengenai perkembangan terkini di Asia Barat pada Rabu. - Foto FB Lawrence Wong

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia mengesahkan komitmen untuk mengeratkan penyelarasan ketika ketegangan di Asia Barat kian memuncak.

Dalam catatan Facebook pada Khamis, Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong berkata beliau dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan yang membina menerusi panggilan telefon mengenai perkembangan terkini di Asia Barat pada Rabu.

Advertisement

Beliau berkata perbincangan itu meliputi risiko peningkatan, kesannya terhadap bekalan minyak global, dan keperluan untuk melindungi penghidupan dan kestabilan serantau.

Beliau menambah kerjasama akan diteruskan secara dua hala dan melalui blok serantau ASEAN.

"Singapura dan Malaysia akan terus berkoordinasi rapat dalam isu-isu yang penting bagi kedua-dua negara," katanya.

Wong kini dalam lawatan kerja ke China dari 25 hingga 28 Mac untuk menghadiri Persidangan Tahunan Forum Bo'ao untuk Asia (BFA) 2026 di Hainan.

-- BERNAMA

Must Watch Video