awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik di Gaza: Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 30

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2021
00:13 MYT
Konflik di Gaza: Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 30
Keadaan ketika Israel dan Hamas berbalas serangan di Gaza, dilihat dari Ashkelon, Israel, 10 Mei, 2021. Foto REUTERS
ANGKA korban akibat pertempuran antara Israel dan Hamas meningkat kepada 33 orang pada awal Rabu.
Daripada jumlah itu, 30 adalah rakyat Palestin sementara bakinya tentera Israel.
Serangan udara oleh Israel berterusan manakala Hamas membalas dengan menembak roket ke Tel Aviv.
Blok kediaman 13 tingkat di Gaza runtuh selepas beberapa serangan udara.
Rakyat Palestin melaporkan rumah mereka bergegar manakala langit merah menyala akibat serangan berterusan Israel.
Ratusan roket dilancarkan Hamas juga menyebabkan warga Israel mencari perlindungan di komuniti lebih selamat.
Bagi Israel, sasaran terhadap Tel Aviv menimbulkan ketegangan baharu dalam konfrontasi dengan Hamas yang dianggap organisasi pengganas oleh Zionis dan Amerika Syarikat.
Pertempuran itu berlaku susulan keganasan di Baitulmuqaddis oleh tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa, salah satu tempat suci bagi umat Islam, Jumaat lalu.
Pengusiran keluarga-keluarga Palestin dari rumah mereka di wilayah timur Baitulmuqaddis oleh Israel memburukkan ketegangan sedia ada.
Sehingga kini, baik Israel mahupun Hamas enggan mengalah, sebaliknya saling berbalas serangan.
Serangan | Malaysia kutuk keras serangan ke atas Gaza
Topic Berkaitan
#Masjid Al-Aqsa
#angka korban
#pengganas
#keganasan
#serangan
#tentera
#Egypt
#Gaza
#Israel
#White House
#Washington
#Amerika Syarikat
#Ramadan
#Hamas
#jihad
#Palestin
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan