awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Budak 18 bulan koma dihempas pelancong di lapangan terbang Moscow
HIBURAN
'Tidak miming, akan menari macam dahulu'- Janji 4U2C pada konsert 15 Sept depan
DUNIA
Presiden Iran puji perpaduan rakyat hadapi pencerobohan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Israel-Iran: Presiden Pezeshkian tegaskan kemenangan Iran hasil tekad rakyat

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2025
23:30 MYT
Sponsor Banner
Konflik Israel-Iran: Presiden Pezeshkian tegaskan kemenangan Iran hasil tekad rakyat
Presiden Iran menyuarakan kesediaan untuk menghentikan serangan balas terhadap Israel sekiranya serangan ke atas wilayah Iran dan rakyat Palestin dihentikan segera. - Foto AP
TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan bahawa kemenangan negaranya dalam menghadapi ancaman serantau adalah hasil daripada keteguhan rakyat, sambil menyatakan komitmen berterusan terhadap keamanan walaupun berdepan tindakan agresif Zionis dan pelanggaran janji oleh kuasa asing.
“Segala kejayaan kami datang daripada tekad rakyat Iran. Mereka adalah benteng utama negara ini dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan,” kata Pezeshkian dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan selepas rundingan telefon dengan beberapa pemimpin serantau.
Dalam perbualan bersama Sultan Oman, Haitham bin Tariq, kedua-dua pemimpin membincangkan keperluan mendesak untuk mencegah ketegangan yang boleh mencetuskan konflik berskala besar.
Mereka sepakat bahawa penyelesaian diplomatik dan dialog harus diberi keutamaan berbanding kekerasan.
Pezeshkian turut berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai situasi di Palestin dan tindakan ketenteraan terhadap Iran.
Presiden Iran menyuarakan kesediaan untuk menghentikan serangan balas terhadap Israel sekiranya serangan ke atas wilayah Iran dan rakyat Palestin dihentikan segera.
Dalam reaksi balas, Anwar menzahirkan sokongan terhadap hak Iran mempertahankan diri dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel yang mengorbankan nyawa awam termasuk saintis tempatan.
Presiden Pezeshkian juga menuduh Amerika Syarikat bekerjasama secara langsung dengan Israel dalam serangan terkini, selepas gagal menghalang kekuatan pertahanan Iran melalui tekanan ekonomi dan diplomatik.
“Kami tidak akan berundur selagi hak rakyat kami tidak dihormati. Namun kami tetap memilih jalan rundingan, jika gencatan senjata dihormati oleh pihak lawan,” ujarnya.
Dengan menegaskan bahawa Iran sentiasa bersedia untuk mencari penyelesaian damai, beliau menutup kenyataannya dengan mesej yang menyatukan rakyat: “Kami tidak akan goyah. Keamanan adalah matlamat kami, tetapi kami tidak akan tunduk kepada janji yang dikhianati.”
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#Masoud Pezeshkian
#kemenangan
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami