awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VM2026: Zahid seru pengusaha inap desa pastikan destinasi promosi terus dipelihara

Seth Akmal
Seth Akmal
20/12/2025
06:15 MYT
VM2026: Zahid seru pengusaha inap desa pastikan destinasi promosi terus dipelihara
Zahid yang juga Menteri Kemajuan Dewa dan Wilayah (KKDW) berkata kerajaan menyasarkan 100,000 pelancong melalui pakej yang disediakan pada tahun hadapan. - Foto Astro AWANI/ Abdul Wafi Norazmi
SEKINCHAN: Pengusaha inap desa dan ahli jawatankuasa kampung perlu memastikan kawasan pelancongan yang dipromosikan terpelihara demi menjamin kelangsungan promosi jangka panjang, bukan sekadar sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026),
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyatakan dukacita apabila mendapati beberapa lokasi inap desa yang pernah giat dipromosikan gagal diselenggara selepas tempoh promosi berakhir.
“Saya pergi ke beberapa inap desa… ketika itu Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan mempromosikan kawasan-kawasan berkenaan.
“Apabila saya datang semula di awal tahun ini bersama-sama dengan Menteri-Menteri untuk pemukiman jemaah di tempat itu, saya merasa sedih kerana tempat itu tidak dijaga,” katanya semasa menyampaikan ucap tama di Majlis Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana di Dataran Pantai Batu 13 di sini hari ini.
Pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Dewa dan Wilayah (KKDW) berkata kerajaan menyasarkan 100,000 pengunjung terdiri daripada pelancong melalui pakej yang disediakan pada tahun hadapan
Malah peranannya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet VM2026 berharap sasaran tersebut dapat ditingkatkan selepas berakhirnya program itu.
“100,000 ini adalah sasaran kita maka ianya tidak harus berhenti pada akhir tahun 2026 saja, tahun depan hanya sebagai tapak permulaan untuk kita selanjutnya membawa pelancong-pelancong untuk terus datang sebagai repeaters,” katanya.
Program Desa Kirana 2025 melibatkan sebanyak 25 lokasi pelancongan desa di seluruh Malaysia, merangkumi 23 buah kampung serta dua lokasi bukan kampung, iaitu Tasik Kenyir di Terengganu dan Tanjung Balau di Johor.
Melalui kerjasama diantara KKDW dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) program ini bertujuan agar para pelancong tidak hanya melawat kawasan bandar sebaliknya meneroka adat dan budaya di luar bandar.

Ahmad Zahid turut yakin program ini dapat menaikkan ekonomi masyarakat setempat dengna mempromosikan produk tempatan apabila pelancong melawat kawasan mereka.
Beliau menjangkakan jumlah kemasukan pelancong tertinggi akan datang daripada China, India, Australia, New Zealand, serta beberapa negara lain di Asia.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#MOTAC
#Tahun Melawat Malaysia 2026
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan