awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Kementerian Pengangkutan Indonesia ambil langkah cegah gangguan penerbangan akibat konflik Asia Barat
MALAYSIA
Hujan, ribut petir diramal malam sepanjang minggu ini - MetMalaysia Terengganu
POLITIK
UMNO perlu ambil pendekatan menyeluruh tarik golongan muda - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Israel-Iran: Singapura tingkatkan tahap keselamatan susulan ketegangan

Bernama
Bernama
29/06/2025
04:30 MYT
Sponsor Banner
Konflik Israel-Iran: Singapura tingkatkan tahap keselamatan susulan ketegangan
Singapura telah meningkatkan tahap keselamatannya susulan konflik Iran-Israel, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Singapura telah meningkatkan tahap keselamatannya susulan konflik Iran-Israel, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam.
"Terdapat gencatan senjata, tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini," katanya kepada media di luar acara komuniti pada Sabtu, lapor The Straits Times (ST).
Beliau menyatakan kemungkinan serangan boleh berlaku daripada kedua-dua pihak.
Shanmugam berkata, individu atau organisasi pelampau mungkin mahu menyasarkan aset Israel, Amerika Syarikat (AS) atau negara Barat lain, selain kemungkinan serangan daripada pelampau kanan terhadap aset umat Islam.
"Jadi, kami telah meningkatkan tahap keselamatan dengan membuat persediaan berdasarkan pelbagai senario, tetapi anda tahu, kita tidak boleh pasti sepenuhnya."
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada terdapat peningkatan aktiviti mencurigakan atau pelampau susulan serangan udara AS baru-baru ini terhadap kemudahan nuklear Iran, beliau berkata pihak berkuasa belum mengesan sebarang aktiviti seumpama itu di negara ini setakat ini.
"Tetapi mereka hanya perlu berjaya sekali sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#Singapura
#gencatan senjata
#Israel serang Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami