awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Israel-Palestin: 10 pelajar Nepal maut

Bernama
Bernama
09/10/2023
04:40 MYT
Konflik Israel-Palestin: 10 pelajar Nepal maut
Empat lagi warga Nepal cedera dalam operasi yang dilancarkan terhadap sasaran Israel oleh kumpulan Palestin Hamas. - Gambar/ Reuters
NEW DELHI: 10 pelajar Nepal maut dalam konflik pada Sabtu di Israel, kata kerajaan Nepal pada Ahad.
Empat lagi cedera dalam operasi yang dilancarkan terhadap sasaran Israel oleh kumpulan Palestin Hamas.
"Kedutaan kami sedang menyelaras dengan Kementerian Luar mengenai bagaimana mayat mangsa boleh dihantar pulang selepas pemeriksaan," kata duta Nepal ke Israel, Kanta Rizal kepada media Nepal.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Palestin-Israel: Lebih 123,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal - PBB
Terdahulu pada Ahad, Menteri Luar Nepal Narayan Prakash Saud berkata 17 pelajar Nepal sedang belajar di "Kibbutz Alumim" Israel berhampiran Semenanjung Gaza dan tidak ada komunikasi dengan 11 daripada mereka.
"Pada masa ini, terdapat kira-kira 4,500 warga Nepal berkhidmat sebagai pengasuh di Israel.
Selain itu, 265 pelajar Nepal mengambil bahagian dalam program pembelajaran dan pendapatan di Israel, yang ditaja oleh kerajaan Israel," kata Saud.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#angka korban
#Israel
#warga Nepal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan