awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Myanmar: Menteri-menteri Luar ASEAN seru penghantaran pulang rakyat

Bernama
Bernama
25/11/2023
08:15 MYT
Konflik Myanmar: Menteri-menteri Luar ASEAN seru penghantaran pulang rakyat
Menteri-menteri Luar ASEAN turut menekankan kepentingan bantuan kemanusiaan yang diselaraskan dan pemindahan pantas hasil kerjasama kedutaan anggota ASEAN. - Gambar hiasan
JAKARTA: Menteri-menteri luar ASEAN secara kolektif menggesa semua pihak di Myanmar untuk membolehkan penghantaran pulang rakyat dari negara ASEAN yang terperangkap di tengah-tengah konflik, khususnya di Shan Utara.
Sambil mengiktiraf usaha pemindahan pihak berkuasa Myanmar, mereka turut menekankan kepentingan bantuan kemanusiaan yang diselaraskan dan pemindahan pantas hasil kerjasama kedutaan anggota ASEAN.
Dalam kenyataan itu, para menteri menyuarakan kebimbangan terhadap konflik yang semakin memuncak, menyeru semua pihak untuk menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan dan melindungi orang awam.
"Kami menyeru pihak berkuasa Myanmar dan pihak berkaitan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan segera dan memastikan laluan pantas dan selamat untuk penghantaran pulang warga asing yang terkandas," menurut kenyataan itu.
Menteri-menteri itu juga menegaskan komitmen terhadap penyelesaian aman situasi di Myanmar melalui Konsensus Lima Perkara, menekankan kepentingan Myanmar yang damai dan bersatu demi kepentingan ASEAN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Menteri Luar
#Konflik Myanmar
#hantar pulang rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan