awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Sudan: Negara asing mula pindahkan rakyat

Agensi
Agensi
23/04/2023
01:41 MYT
Konflik Sudan: Negara asing mula pindahkan rakyat
Ketika pertempuran antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan memasuki minggu kedua, kumpulan pertama lebih 150 warga pelbagai negara dibawa keluar dari negara yang sedang dilanda konflik itu. - Gambar REUTERS
KHARTOUM: Ketika pertempuran antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan memasuki minggu kedua, kumpulan pertama lebih 150 warga pelbagai negara dibawa keluar dari negara yang sedang dilanda konflik itu.
Kumpulan pertama yang terdiri daripada 157 orang tiba di Arab Saudi menjelang petang Sabtu.
Selain 91 rakyat Arab Saudi, turut selamat tiba di negara itu ialah warganegara Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Tunisia, Pakistan, India, Bulgaria, Bangladesh, Filipina, Kanada dan Burkina Faso.
Dalam perkembangan sama, kerajaan Kuwait mengesahkan sejumlah rakyatnya sudah tiba di Jeddah, sementara Jordan pula memaklumkan seramai 300 rakyatnya sudah dipindahkan.
Media antarabangsa melaporkan, semakin banyak negara asing sudah bersiap sedia untuk memindahkan ribuan lagi rakyat mereka, walaupun lapangan terbang utama Sudan masih ditutup.
Konflik yang berlanjutan di Sudan menyebabkan ratusan orang awam terbunuh dan ribuan cedera manakala mangsa yang terselamat menghadapi kekurangan bekalan elektrik serta makanan.
Pada Sabtu, tentera Sudan dilaporkan bersetuju untuk membantu proses pemindahan warga asing keluar dari negara ini.
Menurut kenyataan ketua tentera Sudan, Abdel Fatteh al-Burhan, pemimpin pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), Mohamed Hamdan Dagalo atau dikenali sebagai Hemedti, berjanji untuk membuka semula lapangan terbang bagi tujuan pemindahan keluar.
Topic Berkaitan
#konflik Sudan
#rakyat asing di Sudan
#Abdel Fatteh al-Burhan
#Rapid Support Forces
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan