awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony

Asyraf Malik
Asyraf Malik
03/02/2026
05:10 MYT
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
Anthony Loke berkata, banyak negara demokrasi lain mempunyai pilihan raya Datuk Bandar, ia bukan sesuatu yang kontroversi untuk dikaji. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Cadangan untuk mengkaji pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan perbincangan dibawa DAP semata-mata, malah ada figura politik lain yang turut membangkitkan saranan berkenaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berhubung satu kajian dijalankan mengenai pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
"Konsep pemilihan Datuk Bandar ini bukannya perkara baharu pun. Di seluruh dunia, banyak negara demokrasi memang ada pilihan raya Datuk Bandar, jadi saya tidak nampak ini satu kontroversi, hanya kajian untuk lihat sekiranya ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya.
"Ramai juga pihak lain turut mencadangkannya, termasuk Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang baru-baru ini dalam satu forum beliau secara terbuka mengatakan Kuala Lumpur sepatutnya membuat pemilihan Datuk Bandar supaya ada lebih banyak akauntabiliti.
"Malah Ahli Parlimen lain di Kuala Lumpur termasuk daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti Nik Nazmi Nik Ahmad turut menyokong usaha ke arah pendemokrasian DBKL," ujar Anthony ketika ditemui pemberita selepas meninjau operasi di Terminal Bersepadu Selatan, di sini, pada Selasa.
Tambah Anthony, kedudukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berbeza daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain kerana Datuk Bandar Kuala Lumpur dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menerusi Kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan negeri yang dipilih rakyat.
"Jadi ini yang kita nyatakan bahawa ada usaha ke arah pendemokrasian untuk DBKL. Ini hanya satu kajian yang perlu dilakukan bagi melihat kebolehlaksanaannya.
"Tidak perlu mana-mana pihak cuba polemikkan. Ini satu kajian sahaja di peringkat DBKL, kita bincang kebaikan dan keburukan serta kelebihan dan kekurangan. Jangan diperbesarkan isu kerana ia belum pun dilaksanakan," kata Anthony.
Topic Berkaitan
#pemilihan DBKL
#Datuk Bandar Kuala Lumpur
#Pilihan Raya Datuk Bandar
#Anthony Loke
#Menteri Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan