Skip to main content

Dunia

Konflik Ukraine, Iran bukti hubungan kuasa global sedang berubah - Guterres

41769740325_AntonioGuterres.jpg
Guterres (foto) berkata negara-negara paling berkuasa di dunia perlu mengakui bahawa pengaruh serta keupayaan mereka untuk menentukan perkembangan global tidak lagi seperti sebelum ini. -Gambar fail
Advertisement

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres, berkata konflik di Ukraine dan Iran menunjukkan hubungan kuasa global kini sedang mengalami perubahan ketara.

Menurut beliau, negara-negara paling berkuasa di dunia perlu mengakui bahawa pengaruh serta keupayaan mereka untuk menentukan perkembangan global tidak lagi seperti sebelum ini.

Guterres berkata demikian dalam wawancara bersama Financial Times ketika ditanya mengenai peranan Board of Peace, badan yang ditubuhkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bagi menyelia perkembangan di Gaza.

Beliau turut ditanya sama ada badan berkenaan boleh dianggap sebagai ancaman kepada peranan Majlis Keselamatan PBB.

"Saya fikir sudah tiba masanya kuasa-kuasa besar memahami had kuasa mereka.

"Pengaruh negara-negara berbeza telah berubah dan perkara itu pasti memberi kesan kepada cara hubungan kuasa dibentuk," katanya.

Mengulas mengenai situasi di Gaza, Guterres berkata kegagalan Board of Peace mencapai kemajuan bermakna dalam usaha mewujudkan keamanan bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan oleh PBB.

"Ini bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan oleh PBB. Sebaliknya, pihak lain yang perlu berasa bimbang," katanya lagi.

 

Must Watch Video

Advertisement