awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsulat Malaysia serah pam air kepada pihak berkuasa Kalimantan Barat

Bernama
Bernama
11/08/2023
22:00 MYT
Konsulat Malaysia serah pam air kepada pihak berkuasa Kalimantan Barat
Konsulat Malaysia di Pontianak telah memberikan bantuan berupa enam pam air kepada Kerajaan Wilayah Kalimantan Barat yang bertujuan membantu dalam pencegahan dan pengawalan kebakaran hutan dan tanah di wilayah itu.
JAKARTA: Konsulat Malaysia di Pontianak telah memberikan bantuan berupa enam pam air kepada Kerajaan Wilayah Kalimantan Barat.
Pam air itu yang bertujuan membantu dalam pencegahan dan pengawalan kebakaran hutan dan tanah di wilayah itu, diterima oleh Gabenor Kalimantan Barat Sutarmidji.
Menurut Sutarmidji, kerjasama dengan pihak konsulat telah menjadi amalan biasa kerana kedudukan geografi yang berhampiran dan kehadiran pelabur Malaysia dalam sektor perladangan di wilayah itu.
"Semasa pandemik COVID-19, kami bekerjasama mengatasi kekurangan bekalan oksigen dan berjaya mengelak kekurangan itu," menurutnya dalam satu kenyataan.
Konsul Azizul Zekri Abd Rahimi berkata bantuan itu menandakan komitmen kerajaan Malaysia untuk menyokong usaha berterusan Kalimantan Barat dalam menangani kebakaran terbuka akibat fenomena El Nino.
"Fenomena ini dijangka memberi impak bukan sahaja kepada Indonesia tetapi juga negara lain, termasuk Malaysia."
Stesen meteorologi tempatan melaporkan hujan pada tahap minimum dijangka turun di wilayah itu dalam tempoh 10 hari akan datang mulai hari ini, sebahagian besarnya dipengaruhi oleh fenomena El Nino.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pam air
#kebakaran terbuka
#El Nino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan