awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvensyen Ramsar lulus penubuhan Pusat Bakau Antarabangsa di Shenzhen

Bernama
Bernama
07/09/2023
20:08 MYT
Konvensyen Ramsar lulus penubuhan Pusat Bakau Antarabangsa di Shenzhen
Mesyuarat ke-62 Jawatankuasa Tetap Konvensyen Ramsar meluluskan usul serantau yang dikemukakan oleh China di Geneva, pada Rabu. - Foto Ramsar
GENEVA: Pusat Bakau Antarabangsa di Shenzhen secara rasmi ditubuhkan selepas Mesyuarat ke-62 Jawatankuasa Tetap Konvensyen Ramsar (Konvensyen mengenai Tanah Lembap) meluluskan usul serantau yang dikemukakan oleh China di sini, pada Rabu.
Terdahulu, semasa berlangsungnya Persidangan Pihak Berkepentingan Konvensyen Ramsar ke-14 tahun lepas, China mengumumkan akan memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam perlindungan tanah lembap dan menubuhkan pusat bakau antarabangsa di bandar Shenzhen.
Sepanjang tahun lalu, China bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan berkaitan dan sekretariat konvensyen untuk menyerahkan pelan pembinaan pusat bakau kepada Jawatankuasa Tetap ke-62, seterusnya memperoleh pengiktirafan serta kelulusan.
Kelulusan pelan itu bermanfaat bagi China dan pihak-pihak berkepentingan berkaitan untuk menjalankan kerjasama antarabangsa dan dialog mengenai perlindungan serta pemulihan bakau melalui platform konvensyen, mempromosikan pemulihan dan penggunaan rasional bakau di peringkat global, selain memluaskan pengaruh pusat ini.
Kerajaan China amat mementingkan perlindungan hutan bakau.
Sebagai contoh, peruntukan bakau secara khusus dimasukkan dalam Undang-undang Perlindungan Tanah Lembap Republik Rakyat China, Pelan Tindakan Khas untuk Perlindungan dan Pemulihan Bakau (2020-2025) disusun dan dilaksanakan, manakala model pembiayaan pelbagai berasaskan peruntukan kerajaan turut diwujudkan, selain lebih 10 dokumen teknikal seperti pembinaan semula hutan dan pemulihan ekologi diperkenalkan.
Kawasan hutan bakau di China pada masa ini bertambah lebih 7,200 hektar berbanding awal abad ini, mengubah sepenuhnya trend pengurangan kawasan bakau dan memasuki fasa pembangunan berkualiti tinggi yang baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pusat Bakau Antarabangsa
#Konvensyen Ramsar
#perlindungan hutan bakau
#Shenzhen China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan