awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kopi beracun buat mertuaku

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2018
02:13 MYT
Kopi beracun buat mertuaku
Suspek yang hanya dikenali sebagai Epi nekad membunuh mertuanya Zuhria Latada, 66 tahun, dengan menuang racun ke dalam termos yang biasa digunakan mangsa untuk menyeduh kopi. -Foto www.jpnn.com
Berang sering dimarahi, seorang wanita bertindak kejam dengan meracun mertuanya sendiri.
Suspek yang hanya dikenali sebagai Epi nekad membunuh mertuanya Zuhria Latada, 66 tahun, dengan menuang racun ke dalam termos yang biasa digunakan mangsa untuk menyeduh kopi.
Motif kejadian dipercayai disebabkan rasa sakit hati suspek yang dikatakan tersinggung dengan teguran Zuhria yang kerap menasihati anak-anaknya.
Dalam insiden yang dilapor media tempatan baru-baru ini, suspek didakwa menuang racun rumpai dan membiarkan mertuanya meneguk kopi yang dibubuhi itu sehingga mengalami kekejangan.
Suspek kemudian berlagak seolah mengambil berat dengan keadaan mangsa yang kelihatan semakin parah.
Mangsa yang dikejarkan di Rumah Sakit MM Dunda Limboto bagaimanapun meninggal dunia setelah sembilan hari menjalani rawatan.
Topic Berkaitan
#bunuh mertua
#Epi
#Kopi beracun
#racun mertua
#racun rumpai
#Rumah Sakit MM Dunda Limboto
#Zuhria Latada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan