BRASILIA: Angka kematian akibat hujan lebat di tenggara Brazil meningkat kepada 40 orang pada Isnin.
Pihak berkuasa Sao Paulo pada Isnin memaklumkan empat lagi mangsa terbunuh selain 36 yang direkod sehari sebelumnya.
Angka korban dijangka terus meningkat setelah puluhan lagi mangsa dilapor masih hilang.
Sementara itu, Presiden Luiz Inacio Lula da Silva yang melawat wilayah terjejas mengarahkan agar tiada lagi bangunan kediaman dibina di kawasan berisiko tanah runtuh dan banjir besar.
Lula yang menaiki helikopter ketika memantau bandar pesisir pantai Sao Sebastiao bersama menteri kabinet berjanji untuk membantu membina semula bandar yang dihuni kira-kira 91,000 orang itu dengan membina rumah baharu di tempat yang lebih selamat.
Beliau juga berkata kerajaan akan berusaha memulihkan kemudahan infrastruktur utama seperti jalan raya yang rosak akibat tanah runtuh.
Banjir di pesisir pantai Sao Paulo adalah yang terbaharu dalam siri bencana yang melanda Brazil baru-baru ini.
Pembinaan tidak berkualiti, selalunya di lereng bukit, cenderung membawa kesan yang tragis semasa musim hujan di negara itu.
"Kadang-kadang alam semula jadi mengejutkan kita, tetapi ada kalanya kita sendiri yang menduga alam semula jadi.
"Adalah penting agar kedua-duanya tidak berlaku.
"Saya menyatakan solidariti bersama penduduk Sao Sebastiao dan berharap perkara ini tidak lagi berulang," kata Lula.
Banjir buruk itu berlaku ketika musim cuti Karnival Brazil, apabila ribuan orang ramai berpusu-pusu ke pantai di rantau itu.
Sao Sebastiao dikenal pasti sebagai pusat banjir dengan 39 kematian dilaporkan di situ.
Hujan lebat turut menjejaskan bandar berdekatan seperti Ilhabela, Caraguatatuba dan Ubatuba, di mana seorang mangsa dilaporkan.
Lebih 2,000 penduduk diarah keluar dari kediaman selepas hujan lebih 600 milimeter melanda pantai negara terkaya di Brazil itu.
Astro Awani
Tue Feb 21 2023
Pasukan SAR mencari mangsa yang terselamat selepas banjir mencetuskan tanah runtuh berhampiran pantai Juquehy di Sao Sebastiao, Brazil, 20 Feb 2023. -AP
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Tayar bas meletup, 26 maut dalam kemalangan di Cote D'ivoire
Sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 28 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di laluan Issia-Daloa, barat Cote d'Ivoire pada petang Jumaat.
12 cedera, beberapa kanak-kanak hilang empangan pecah
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera manakala beberapa kanak-kanak dilaporkan hilang selepas sebuah empangan pecah di wilayah luar bandar barat daya Colombia, Cauca, awal pagi Jumaat.
Ibu pula menyusul 'pergi' selepas tiga hari anak meninggal dunia
Seorang ibu yang ditemukan tidak sedarkan diri bersama mayat anaknya di sebuah rumah di Kampung Gual To'Deh, di sini yang sedang dilanda banjir, meninggal dunia pada Selasa.
Angka korban banjir terburuk selatan Thailand cecah 22 orang
Wilayah selatan Thailand dilanda hujan lebat serta banjir kilat sejak 22 November lalu menjejaskan kira-kira 664,173 isi rumah.
Kematian akibat denggi di Bangladesh hampiri 500
Bangladesh terus bergelut dengan wabak denggi yang semakin meruncing apabila hampir 30,000 kes dan 173 kematian direkodkan sepanjang November.
Tiga maut akibat Taufan Fengal melanda kawasan pantai India
Taufan itu melintasi utara Tamil Nadu dan pesisir pantai Puducherry, berhampiran dengan Puducherry dengan membawa angin sekencang 70-90 km/j.
Penyokong Imran Khan batalkan protes
Parti bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan pada Rabu membatalkan protes di ibu negara Islamabad selepas tindakan keras oleh pasukan keselamatan.
Angka korban di Gaza cecah 44,235 selepas 24 orang terkorban dalam serangan Israel
Sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lepas kepada 44,235.
10 maut tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo
Sekurang-kurangnya 10 orang, kebanyakannya kanak-kanak maut manakala tiga lagi cedera selepas kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo.