awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban banjir kilat, gelongsoran lumpur di Sumatera Barat meningkat kepada 37

Bernama
Bernama
13/05/2024
06:40 MYT
Korban banjir kilat, gelongsoran lumpur di Sumatera Barat meningkat kepada 37
Daerah Agam paling teruk terjejas dengan 19 kematian, diikuti Daerah Tanah Datar (sembilan), Padang Pariaman (tujuh) dan Daerah Padang Panjang (dua). -Gambar fail/Facebook Badan Nasional Penanggulangan Bencana
JAKARTA: Angka korban akibat banjir kilat, gelongsoran lumpur dan lava sejuk yang mengalir daripada Gunung Marapi berikutan hujan lebat pada Sabtu malam di empat daerah meningkat kepada 37 orang.
Daerah Agam paling teruk terjejas dengan 19 kematian, diikuti Daerah Tanah Datar (sembilan), Padang Pariaman (tujuh) dan Daerah Padang Panjang (dua).
Setakat tengah malam Ahad, 17 orang masih lagi hilang terutamanya di Tanah Datar dan Agam dengan masing-masing 14 dan tiga individu, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.
"Operasi dan menyelamat akan bersambung hari ini," kata Jurucakap BNPB Abdul Muhairi berkata sambil menambah angka korban mungkin berubah dengan laporan diterima meningkat.
Penduduk di tepi sungai Gunung Marapi digesa berwaspada untuk gelombang kedua dan berpindah ke tempat selamat sekiranya perlu.
Pos Pemerhatian Gunung Marapi melaporkan peningkatan curahan hujan sejak 8.35 malam waktu tempatan malam tadi di Stesen Batu Palano, kata Abdul Muhairi.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#angka korban
#banjir kilat
#hujan lebat
#gelongsoran lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan