JUMLAH kumulatif kematian global akibat COVID-19 sudah melebihi 1.08 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 216,000 kes, diikuti Brazil dengan 151,000.

India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 110,000 dan 84,000 kes kematian.

Manakala United Kingdom catat 43,000 kes.

Itali, Peru, Sepanyol dan Perancis pula berkongsi angka korban melebihi 30,000.

Negara yang melebihi angka 20,000 kes korban adalah Iran, Colombia, Argentina dan Russia.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.