awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
Laut Pengkalan Sungai Sekawang permata tersembunyi buat kaki pancing
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban COVID-19 di Thailand catat rekod tertinggi tiga hari berturut-turut

Bernama
Bernama
02/07/2021
14:33 MYT
Korban COVID-19 di Thailand catat rekod tertinggi tiga hari berturut-turut
Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatat 6,087 kes baharu termasuk 207 melibatkan banduan, menambah jumlah keseluruhan jangkitan kepada 270,921. - Gambar hiasan
BANGKOK: Thailand melaporkan 61 lagi kematian akibat COVID-19, tertinggi untuk tiga hari berturut-turut menjadikan angka korban seramai 2,141 sejak pandemik menular Januari tahun lalu.
Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatat 6,087 kes baharu termasuk 207 melibatkan banduan, menambah jumlah keseluruhan jangkitan kepada 270,921.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata kematian baharu itu melibatkan 32 wanita dan 29 lelaki, berusia antara 30 hingga 90 tahun, termasuk 58 rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.
Menurutnya, 28 kematian dilaporkan di Bangkok, Nonthaburi (sembilan), Samut Prakan (lapan), Pattani (lima), masing-masing tiga di Pathum Thani dan Narathiwat dan masing-masing satu di Chiang Rai, Songkhla, Nakhon Pathom, Nakhon Nayok dan Ayutthaya.
"Kes COVID-19 di Bangkok terus meningkat dengan 2,267 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Setakat ini, terdapat 113 kluster aktif di bandar raya itu," katanya dalam taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Sementara itu, Thailand tidak akan mengenakan sekatan tambahan untuk membendung penularan di tengah-tengah peningkatan kes dan kematian baharu.
Ketua Operasi CCSA, Jeneral Natthapon Nakpanich berkata langkah-langkah sedia ada disifatkan sudah "memadai".
"Tidak perlu lebih banyak sekatan kerana kita tidak ingin menambah beban rakyat," katanya seperti dipetik Bangkok Post.
Nattaphon merangkap Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara (NSC) menyatakan pihak berkuasa kesihatan juga telah mempercepat pemberian vaksin COVID-19 untuk membendung jangkitan.
Beliau menggesa orang ramai terus memakai pelitup muka, menjaga jarak sosial serta mematuhi langkah-langkah pencegahan lain dan kerajaan juga telah menambah jumlah katil di hospital dan "hospitel'.
"Kerajaan juga memperkenalkan program kuarantin di rumah untuk pesakit COVID-19 tanpa gejala," katanya.
Topic Berkaitan
#Thailand
#COVID-19
#kawalan
#CCSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan