awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laut Pengkalan Sungai Sekawang permata tersembunyi buat kaki pancing

Bernama
Bernama
23/12/2025
15:00 MYT
Laut Pengkalan Sungai Sekawang permata tersembunyi buat kaki pancing
Mohd Faizal berkata inisiatif penganjuran kali pertama itu juga bagi mempromosi TMM 2026 dan TMNS 2026. - Gambar Mohd Faizal
PORT DICKSON: Pertandingan Surfcasting Challenge Port Dickson 2025 di Laut Pengkalan Sungai Sekawang, Batu 15 di sini pada Ahad ini, dijangka menarik lebih 500 pemancing sekali gus merancakkan promosi Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 (TMNS 2026).

Ringkasan AI
  • Pertandingan Surfcasting Challenge Port Dickson 2025 dijangka tarik lebih 500 pemancing; promosi Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
  • Pantai Laut Pengkalan Sungai Sekawang, Batu 15, kaya biodiversiti; habitat pelbagai spesies ikan; jadi lokasi utama pemancing seluruh negara.
  • Penganjuran pertama ini galakkan ekonomi tempatan, kenalkan kawasan luar bandar sebagai produk pelancongan alam; hadiah wang tunai melebihi RM25,000.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan Datuk Mohd Faizal Ramli berkata pantai itu merupakan permata tersembunyi pelancongan yang kaya dengan biodiversiti, dikelilingi landskap semula jadi dengan perairannya menjadi habitat pelbagai spesies ikan.
Beliau berkata inisiatif penganjuran kali pertama itu juga bagi mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) dan TMNS 2026.
"Kombinasi dasar berpasir, berlumpur dan struktur berbatu menjadikan kawasan ini sebagai lubuk utama serta menarik kehadiran pemancing pantai dari seluruh negara dengan terdapat pelbagai jenis ikan seperti siakap, senangin, pari, gelama, kerapu, sembilang dan duri.
"Penganjuran ini juga membuka peluang pembangunan ekonomi setempat dan memperkenalkan kawasan luar bandar sebagai produk pelancongan berasaskan alam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Faizal berkata kerajaan negeri giat mengenal pasti lokasi permata tersembunyi seperti Batu 15 untuk diketengahkan melalui kempen TMNS 2026 yang memberi penekanan kepada ekopelancongan, warisan dan rekreasi keluarga.
Beliau berkata Port Dickson yang terkenal dengan keindahan pantai, komuniti mesra serta kekayaan hasil laut menjadikan tempat itu sesuai untuk aktiviti memancing, perkhemahan, fotografi dan pelancongan berkonsepkan alam semula jadi.
Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai lebih RM25,000 dengan juara menerima RM10,000, tempat kedua RM3,000 dan ketiga RM1,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Port Dickson
#ekopelancongan
#TMNS 2026
#biodiversiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan