awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban kebakaran kilang di Taiwan cecah 9 orang, 1 masih hilang

Bernama
Bernama
24/09/2023
06:41 MYT
Korban kebakaran kilang di Taiwan cecah 9 orang, 1 masih hilang
Kebakaran bermula di kilang itu pada Jumaat petang dan api dipadamkan pada 9.56 Sabtu malam, selepas lebih 28 jam usaha memadam kebakaran. - Foto Reuters
PINGTUNG: Dua lagi mayat ditemukan pada Ahad, lebih 24 jam selepas kebakaran kilang dan letupan di sebuah taman perindustrian di Kaunti Pingtung di selatan Taiwan, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).
Menurut kerajaan tempatan, setakat 8 pagi Ahad, kejadian di kilang pengeluar bola golf Launch Technologies Co. di Taman Perindustrian Teknologi Pingtung itu telah meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, termasuk empat anggota bomba, selain mencederakan 98 yang lain.
Ketua Biro Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan daerah itu, Hsu Mei-hsueh, pada Ahad berkata pasukan penyelamat masih berusaha untuk mengesan seorang mangsa yang hilang.
Kebakaran bermula di kilang itu pada Jumaat petang dan api dipadamkan pada 9.56 Sabtu malam, selepas lebih 28 jam usaha memadam kebakaran, menurut biro itu.
Empat anggota bomba yang maut semuanya berusia 30-an.
Enam terbunuh, 98 cedera kilang di Pingtung, Taiwan meletup
Hsu berkata, biro menerima panggilan kecemasan pada 5.31 petang Jumaat dan anggota bomba tiba di lokasi 12 minit kemudian.
Pada pukul 6.09 petang, letupan berlaku selepas anggota bomba memasuki premis itu, menyebabkan sebahagian daripada struktur bangunan kilang runtuh dan beberapa anggota bomba serta pekerja terperangkap di bawah runtuhan.
Beberapa minit kemudian, letupan kedua berlaku, kata Hsu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran kilang
#korban meningkat
#Kaunti Pingtung
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan